Kim Pan-gon Beri Bayangan Ada Potensi Beberapa Pemain B-23 Cabar Tempat Di Harimau Malaya

Kim Pan-gon potensi skuad B-23 Sukan SEA 2021

Menurut pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon, beliau melihat potensi pemain-pemain B-23 ketika saingan Sukan SEA 2021, namun akan beri ruang buat mereka untuk ke Piala Asia B-23 terlebih dahulu.

Ini kerana, kejohanan tersebut penting untuk memberikan mereka lebih pendedahan bersaing di peringkat lebih tinggi sebelum mula mencabar tempat bersama skuad Harimau Malaya selepas ini. Beliau telah ‘membantu’ Brad Maloney dengan tidak memanggil pemain-pemain tersebut untuk tugasan Harimau Malaya ketika ini.

Pan-gon dilihat tidak melepaskan peluang memantau potensi pemain-pemain muda itu ketika saingan Sukan SEA terutama sekali ketika ditundukkan tuan rumah, Vietnam di penghujung masa di masa tambahan.

Sukan SEA: Padah Beri Sepakan Percuma Punca Malaysia Ditumbangkan Vietnam

“Mereka memberikan usaha yang keras dan sangat kompetitif sebelum dikecewakan dengan satu kesilapan pada minit akhir. Saya harap mereka akan terus berkembang dan pengalaman seperti ini akan menjadikan mereka lebih kuat. Semua orang melakukan kesilapan, jadi kita perlu membantu mereka untuk belajar daripada kesilapan ini dan dengan ini, mereka boleh pergi lebih jauh.

“Saya bangga dengan persembahan mereka kerana tidak mudah untuk beraksi dalam masa yang singkat di mana ia menguji kekuatan mental dan fizikal, jadi saya fikir mereka sudah memberikan yang terbaik”

Kim Pan-gon, Berita Harian

Malaysia dikecewakan dengan tandukkan Nguyen Tien Linh di minit ke-110, sepuluh minit menuju ke wisel penamat masa tambahan 30 minit – mereka terikat dengan kedudukan tanpa jaringan dalam masa sebenar.

Malaysia berpeluang menamatkan perjuangan Vietnam di minit ke-85, namun tandukkan pemain gantian, Safwan Mazlan jauh melewati palang gol, hasil sepakan percuma Nik Akif Syahiran. Ini peluang keemasan skuad kendalian Brad Maloney meranapkan terus moral dan api perjuangan skuad muda Naga Emas itu.

Sepanjang aksi kumpulan sehingga ke perlawanan separuh akhir, beberapa pemain dilihat menonjol terutama sekali di benteng – posisi yang mungkin sedang dipantau teliti oleh Pan-gon dan barisan kejurulatihan.

Adakah pemain seperti Azrin Afiq, Harith Haiqal, Azam Azmi Murad dan Zikri Khalili mencuri perhatiannya?

Quentin Cheng memang sudah berada dalam senarai kerana pernah membuat penampilan antarabangsa.

“Saya boleh dapatkan lebih banyak maklumat mengenai pemain muda kerana saya melihat potensi yang ada pada mereka. Mungkin saya akan menunggu mereka lebih berkembang sebelum mereka mencabar skuad kebangsaan.

“Tetapi mereka ada kejohanan yang lebih penting di Uzbekistan dan kami memberi sokongan penuh kepada mereka untuk memberi tumpuan bagi pertandingan itu.”

Kim Pan-gon, Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN