Kim Do Heon, Bekas Pemain Piala Dunia, Olimpik Dan EPL Jadi Kapten Negeri Sembilan

Pasukan Negeri Sembilan memutuskan untuk melantik Kim Do Heon sebagai ketua pasukan mereka bagi menghadapi musim 2018. Berita itu disahkan oleh Pengurus Pasukan, Datuk Mohamad Haslah Mohd Amin.

Beliau berkata pemilihan Do Heon adalah berdasarkan pengalaman pemain itu yang sangat luas. Kim Do Heon bekas pemain Piala Dunia Korea Selatan untuk 2 edisi.

Do Heon juga 2 kali bermain dalam sukan olimpik dan 1 sukan Asia bersama dengan Korea Selatan. Berikut adalah maklumat ringkas tentang pemain ini.

Profail

Nama: Kim Do Heon
Kewarganegaraan: Korea Selatan
Tarikh Lahir: 14 Julai 1982
Tinggi: 1.75 meter
Posisi: Tengah

Karier

Beliau memulakan karier bersama dengan Seongnam pada 2006. Kemudian beliau menyertai West Brom Albion untuk musim 2007/08. Beliau membantu West Brom menjuarai Liga Championship.

Beliau melakukan debut untuk West Brom dalam kemenangan 3-0 menentang Plymouth Argyle pada 1 Mac 2008.

Pada musim 2008/09, Kim Do Heon bermain di EPL. Beliau terlibat dalam 16 perlawanan EPL untuk West Brom.

Selepas hanya 2 musim di England, Kim Do Heon kembali semula ke Korea Selatan pada 2010 menyertai Suwon Bluewings. Beliau menyatakan faktor utama beliau kembali adalah kerana merasakan tempatnya di West Brom semakin sukar kerana bergelut dengan kecederaan.

Beliau bermain 4 musim untuk Suwon Bluewings dan kemudian kembali semula ke Seongnam pada 2015. Beliau tamat kontrak di Seongnam pada 2017 dan memilih untuk berkelana ke Malaysia.

Pencapaian

Sepanjang karier beliau, Kim Do Heon sudah memenangi 1 kejuaraan Liga Championship England, 2 kejuaraan K-League, 2 ACL, 2 Asia Super Cup, 2 Piala Super Korea Selatan, dan 2 Piala Liga Korea Selatan.

Kim Do Heon kapten Jang

Dari segi kepimpinan pastinya Kim Do Heon tiada masalah untuk itu. Tetapi pastinya peminat Negeri Sembilan berharap pemain ini masih ada bisa pada dirinya.

Selamat datang ke Liga Malaysia Kim Do Heon.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN