Ong Kim Swee Berterima Kasih Kepada TMJ, FAM, Ultras Malaya,Dan Para Pemain

Datuk Ong Kim Swee baru sahaja mencipta pencapaian terbesar di dalam karier beliau sebagai jurulatih. Beliau meletakkan Malaysia B-23 dalam kelompok 8 terbaik Asia.

Malaysia menjadi negara Asia Tenggara pertama layak ke suku akhir kejohanan ini dalam sejarah. Beliau memuji komitmen para pemain beliau di dalam dan di luar padang sepanjang kejohanan itu.

Selain itu, Datuk Ong Kim Swee turut memberikan penghargaan beliau kepada sokongan berterysan Ultras Malaya yang setia bersama-sama dengan beliau dan anak-anak buah sepanjang kejohanan yang berlangsung di China.

Ultras Malaya sentiasa nyaring bersorak untuk pasukan kebangsaan walaupun anggota mereka sekitar 30 orang. Mereka telah menjadi tonik penting sebagai pemain ke-12 ketika kejohanan ini.

Wakil Ultras Malaya, Lekir menyatakan kepuasan beliau melihat aksi bertenaga skuad B-23 Malaysia kali ini terutama sekali dalam perlawanan menentang Korea Selatan.

Seterusnya, Datuk Ong Kim Swee juga mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada TMJ dan FAM yang telah banyak membantu beliau dalam persiapan kejohanan ini. Beliau berkata:

“Kami menghargai kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh TMJ, persiapan yang disediakan oleh FAM telah membolehkan kami melakukannya dengan hebat.”

“Daripada latihan pusat di Kuala Lumpur sehinggalah ke Korea Selatan untuk menyesuaikan diri dengan beberapa perlawanan persahabatan sebelum latihan terakhir kami yang berpangkalan di China.”

Sesi latihan skuad Malaysia B-23 di Padang Latihan Haiyu di Changshu, China semalam.FOTO: FAM

Malaysia memulakan kempen dengan kekalahan di tangan Iraq 4-1. Kemudian, Malaysia memperbaiki aksi pada perlawanan kedua untuk menghidupkan impian ke pusingan kalah mati dengan seri 1-1 dengan Jordan.

Malaysia beraksi menentang pasukan pilihan Arab Saudi pada perlawanan ketiga. Harimau muda berjaya mengejutkan pasukan Arab Saudi dengan gol tunggal Danial Amier.

Dalam perlawanan suku akhir menentang Korea Selatan, Malaysia memberikan saingan sengit dan memaksa gergasi Asia itu bertungkus lumus untuk menang tipis 2-1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN