Kiko Insa Tuntut Tunggakan Gaji, Sah Tinggalkan Pahang

Pemain kelahiran Sepanyol-Malaysia, Francisco Javier Insa Bohigues atau lebih dikenali sebagai Kiko Insa di kalangan peminat bola sepak di Malaysia sah meninggalkan pasukan Pahang.

Perkara ini disahkan setelah keputusan mesyuarat khas jawatankuasa status FAM kali pertama bagi penggal 2017-2012 sebentar tadi mengesahkan pemain itu melakukan tuntutan terhadap bekas majikannya, Pahang FA berhubung pertikaian kontrak dan tunggakan gaji.

Sumber : Pahang FA

Dalam satu kenyataan penuh oleh FAM selepas mesyuarat jawatankuasa berkenaan, mengesahkan Kiko telah menerima sebahagian daripada jumlah tunggakan gaji tersebut.

Bagaimanapun, Pahang FA diminta untuk menyelesaikan tunggakan mencecah AS$30,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini oleh jawatankuasa berkenaan.

Kenyataan tersebut turut menyebut bahawa sekiranya Pahang gagal menyelesaikan jumlah bayaran dalam tempoh yang ditetapkan, maka kes ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk pertimbangan lain.

Kiko Insa dalam perlawanan persahabatan menentang Syria. Foto: www.asiana.my

Jawatankuasa status FAM yang bermesyuarat sebentar tadi turut mengesahkan Pahang FA boleh melakukan rayuan sekiranya perlu.

Keputusan Kiko Insa yang mendapat status warganegara Malaysia sehingga membenarkan beliau mewakili negara di dalam skuad kebangsaan untuk berpisah dengan Pahang FA, agak mengejutkan.

Semakan kami di laman media sosial Instagram milik pemain tersebut turut mengesahkan dirinya tidak akan beraksi bersama skuad Tok Gajah pada musim hadapan.

“Terima kasih kepada Pahang FA untuk musim 2017. 2018 adalah untuk cabaran baharu. Masa untuk berubah,” ujar Kiko dalam muat naik di akaun Instagram beliau.

Kiko Insa yang mempunyai abang, Natxo Insa yang beraksi bersama JDT menyertai Pahang pada musim 2017. Debut pertama beliau bersama skuad kebangsaan ialah ketika tewas 1-2 kepada Syria dalam perlawanan persahabatan pada Ogos tahun lalu.

Kiko kemudiannya tampil dalam 6 perlawanan untuk skuad Harimau Malaya ketika di bawah bimbingan Nelo Vingada, kebanyakannya di pusingan kelayakan Piala Asia 2019.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada pengumuman rasmi daripada Pahang FA mahupun pengumuman dari pemain tersebut mengenai hala tujunya selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN