Wenger Jelaskan Situasi Mkhitaryan & Aubameyang, Sahkan Sanchez Bakal Sertai United Secepatnya Esok

Arsene Wenger mengakui yang Alexis Sanchez berpotensi meninggalkan Arsenal dalam tempoh 24 jam.

Beliau juga tidak menolak spekulasi bahawa pemergian Alexis Sanchez ke Manchester United akan membuka peluang Henrikh Mkhitaryan masuk ke Emirates. Wenger menyifatkan Mkhitaryan sebagai pemain yang beliau suka.

Wenger memberitahu yang apa sahaja boleh berlaku di dalam jendela perpindahan kali ini.

“Ia hampir sekali berlaku dalam masa terdekat. Pada masa yang sama apa sahaja boleh gagal dalam jendela perpindahan. ”

Ditanya sama ada Alexis Sanchez akan bermain untuk Arsenal Sabtu ini. Wenger menjawab:

“Ya, jika beliau masih di sini dalam masa 24 jam.”

Wartawan bertanya adalah isu gaji menjadi masalah utama jika mereka mahu mendapatkan Mkhitaryan selepas ejen pemain tersebut meminta kenaikan gaji berbanding dengan apa yang pemain itu dapat di United.

Wenger menjelaskan Arsenal tiada masalah dari segi kewangan untuk menunaikan permintaan itu.

Wenger juga memberitahu yang beliau tidak menyesal kerana tidak menjual Alexis Sanchez dalam jendela perpindahan pra-musim. City menawarkan £60 juta ketika itu. Wenger pula yakin pemain itu akan kekal. Selain itu, mereka enggan menjual Alexis dapat mencari pengganti pada masa itu.

Ditanya sama ada benar atau tidak tawaran gaji dan bonus yang boleh mencecah £500,000 seminggu di Old Trafford adalah faktor utama Sanchez mahu pergi ke kelab seteru mereka? Wenger berkata:

“Saya enggan komen tentang angka seperti itu. Saya menghormati Manchester United kerana mereka meningkatkan pendapatan kelab dan kemudian menaikkan gaji pemain-pemain mereka dengan sumber kewangan mereka. Terpulanglah berapa mereka nak bayar sekalipun.”

“United kelab yang kewangan mereka diuruskan dengan sangat baik. Jadi, saya tiada masalah dengan itu.”

Ditanya sama ada Arsenal tidak mampu bersaing dengan United? Wenger menjawab:

“Secara kewangan? Ya, tetapi ia tak bermaksud kami tak mampu bersaing dengan mereka di atas padang. Tiada misteri, Manchester United dan Manchester City memiliki sumber kewangan yang besar.”

MANCHESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 10: Images of Pep Guardiola the manager of Manchester City and Jose Mourinho of Manchester United are seen on a scarf ahead of the Premier League match between Manchester United and Manchester City at Old Trafford on September 10, 2016 in Manchester, England. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Berapa tawaran Arsenal untuk Alexis Sanchez?

“Kami sudah meletakkan tawaran maksimum yang mampu kami tawarkan. Suatu hari nanti saya akan dedahkan angka itu.”

Ditanya tentang rumors Aubameyang yang dikatakan sudah setuju dengan terma peribadi di Arsenal. Wenger tak tahu menahu akan cerita seperti itu walaupun mereka memang cuba membawa Aubameyang ke Emirates.

“Saya tak ada tambahan untuk cerita itu. Benda macam ini adalah lebih baik dirahsiakan jika ada. Buat masa ini perkara yang paling hampir adalah Alexis Sanchez (keluar). Itu sahaja.”

Adakah Aubameyang pemain yang memiliki karakter cukup besar untuk Arsenal.

“Karakter itu kadangkala positif dan kadangkala negatif. Tetapi lihatlah pencapaian beliau dan karakter beliau adalah sebaiknya.”

Adakah Ozil akan masih di Arsenal selepas tamat jendela perpindahan kali ini?

“Ya.”

Wenger juga megesahkan mereka sedang berusaha untuk mengekalkan Jack Wilshere. Pada masa yang sama peminat Arsenal boleh melupakan Malcom kerana Wenger menyatakan pemain itu mustahil untuk dibeli pada jendela kali ini.  
Wenger juga tidak ada komen tentang minat Arsenal kepada Jonny Evans.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN