Kiko Insa Dan Azam Azih Diketepikan Daripada Skuad Harimau Malaya

Kem latihan skuad Harimau Malaya dilanda sedikit masalah apabila 3 orang pemain dilaporkan mengalami kecederaan sehingga memaksa ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe mengecualikan mereka untuk latihan pusat kali ini.

Menurut laporan daripada Berita Harian,  pemain pertahanan JDTS Kunanlan dan pemain tengah Pahang, Nor Azam Azih mengalami kecederaan manakala Kiko Insa yang kini beraksi dengan kelab Thailand mengalami jangkitan pada mata.

Sebagai ganti, Cheng Hoe telah memanggil pemain pertahanan skuad Malaysia Bawah 23 Tahun, Adib Zainuddin sebagai pengganti kepada Kiko Insa.

“Kiko ada jangkitan kuman di bahagian mata sebelah kanan jadi dia dikecualikan daripada latihan,semalam saya lepaskan Nor Azam sebab dia mendapat kecederaan sehingga dua minggu baru pulih. Kita hanya ganti Kiko dengan memanggil Adib Zainuddin dan sekarang saya mempunyai 28 pemain,” katanya.

Skuad Harimau Malaya menjalani sesi latihan dalam gym FAM. FOTO: FAM

Skuad Harimau Malaysia dijadualkan menentang Mongolia dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Khamis ini.

Tan Cheng Hoe berharap keputusan positif dapat diraihkan sebagai hadiah kepada presiden FAM, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang meluahkan hasrat untuk letak jawatan beberapa hari lalu.

“Saya rasa Tunku Ismail patut dikekalkan lagi, beliau sudah buat yang terbaik untuk pasukan kebangsaan dan FAM, memang dalam jangka masa terdekat kita tak nampak hasil tapi kalau lihat jangka masa panjang, sudah terbukti pasukan JDT (Johor Darul Ta’zim) menjadi kelab berjaya dalam Malaysia.

“Iya memang kita mengharapkan Tunku Ismail kekal dengan FAM. Kita mengharapkan kemenangan tersebut seperti yang diidamkan oleh peminat bola sepak Malaysia.

“Saya sebagai jurulatih bersama barisan kejurulatihan dan pemain akan beri yang terbaik untuk mendapat kejayaan atau keputusan positif,” katanya.

Sesi latihan skuad Harimau Malaya. FOTO: FAM

Aksi menentang Mongolia merupakan ujian pertama Cheng Hoe selepas mengambil alih tugas Nelo Vingada yang meletakkan jawatan tahun lalu.

Selepas aksi menentang Mongolia, Harimau Malaya akan menghadapi Lubnan bagi aksi terakhir Kumpulan B dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2019 pada 28 Mac ini di Beirut.

Perlawanan itu sekadar pelengkap jadual kerana skuad Harimau Malaya secara rasminya gagal tempah tiket mara ke Piala Asia 2019 dengan hanya mengumpulkan 1 mata selepas 5 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN