Kiatisuk Senamuang Bakal Jurulatih Baharu Selangor Musim Depan?

Selepas terpaksa melupakan khidmat Mehmet Durakovic yang memilih untuk kekal di Perak, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dikatakan sedang mempertimbangkan beberapa calon jurulatih dari luar negara.

Nama jurulatih berpengalaman dari Thailand, Kiatisuk Senamuang hari ini tiba-tiba menjadi sebutan apabila laman Instagram rasmi FA Selangor telah mengikuti laman Instagram rasmi bekas pengendali skuad kebangsaan Thailand itu.

Malah, Kiatisuk yang menggunakan nama “coach_zico” turut dilihat telah “like” semua gambar beliau yang  dimuat naik untuk menunjukkan mengenai khabar angin kedatangan beliau ke Shah Alam di laman instagram para penyokong Selangor.

Namun begitu, tiada pengesahan rasmi daripada pihak FA Selangor, dan kemungkinan ia hanya sekadar khabar angin yang  ditimbulkan oleh para penyokong sahaja.

Jika benar perkara itu dapat direalisasikan, Selangor bakal mempunyai salah seorang jurulatih terbaik dalam ASEAN sekali gus menjadi pencabar terkuat dalam saingan Liga Super musim depan yang dilihat kerap dimonopoli oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) selama 5 tahun berturut-turut.

Kiatisuk Senamuang atau pun Zico sebenarnya bukan lah asing dalam saingan Liga Malaysia kerana beliau pernah menyarung jersi pasukan Perlis pada tahun 1998.

Walaupun hanya sempat bersama Perlis selama semusim dan tidak berjaya memperoleh apa-apa piala, namun Kiatisuk masih merupakan pencetak gol sejati dan masih diingati sebagai antara pemain lagenda Perlis.

Kredit: chedinsphere.blogspot

Beliau yang juga seorang polis berpangkat leftenan, meninggalkan jawatan Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Thailand pada tahun lepas setelah pencapaian hambar pasukannya dalam pusingan kelayakkan Piala Dunia Zon Asia.

Pencapaian beliau sepanjang menjadi jurulatih Thailand ialah membawa skuad Bawah-23 Thailand menggondol pingat emas Sukan SEA dan dua kali menjadi juara Piala AFF Suzuki.

Tahun lepas beliau sempat membimbing kelab Liga Premier Thailand, Port FC tetapi hanya berjaya memperoleh satu kemenangan dalam 10 perlawanan.

Jika diketepikan semua rekod itu dan hanya melihat taktikalnya di atas padang, gaya permainan ‘tiki-taka’ dan paling penting bukan long ball bodoh mungkin sesuatu yang dinantikan oleh penyokong Selangor jika benar Zico ke Gergasi Merah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN