Khuzaimi Piee Berjanji Skuad Malaysia Tak Akan Buat Kesilapan Bodoh Lagi

Pemain pertahanan kebangsaan Malaysia, Khuzaimi Piee berjanji yang skuad Harimau Malaya tidak akan melakukan kesilapan-kesilapan bodoh ketika aksi bertemu Bangladesh nanti.

Walaupun tewas 2-1 di tangan Bahrain malam semalam, namun pemain pertahanan Negeri Sembilan FC itu tetap optimis Malaysia masih berpeluang untuk layak ke Piala Asia.

Skuad Harimau Malaya terpaksa akur tewas dalam aksi kedua peringkat kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 selepas mereka sebelum ini cemerlang menewaskan Turkmenistan 3-1 pada aksi perlawanan pertama.

Skuad kendalian Kim Pan-gon itu sebenarnya menyasarkan untuk mencatatkan keputusan seri dalam perlawanan ini dan mengakhiri aksi peringkat kumpulan E dengan setidak-tidaknya mengumpul 7 mata.

Kekalahan bertemu Bahrain jelas sekali memberi impak kepada skuad kebangsaan Malaysia dan kini keputusan untuk layak ke Piala Asia 2023 bukan lagi di tangan mereka.

Khuzaimi Piee buat pertama kalinya telah diturunkan dalam kesebelasan utama Malaysia selepas beliau sebelum ini sekadar berada di bangku simpanan ketika aksi bertemu Turkmenistan.

Pemain pertahanan Negeri Sembilan FC itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dan jelas sekali ramai yang bersetuju dengan hal tersebut.

Bercakap kepada media selepas tamat perlawanan, Khuzaimi Piee menegaskan yang beliau sebenarnya sangat berpuas hati dengan persembahan rakan sepasukannya dalam perlawanan ini.

“Overall saya boleh kata team punya performance semua bagi lebih dari 100%, cuma orang cakap simple-simple punya mistake tu yang membuatkan kita kena dua gol.”

“So apa-apa pun, yang kami boleh cuba ialah fokus untuk next game bertemu dengan Bangladesh dulu, sebab kita still ada chance lagi kalau nak diikutkan daripada grouping lain apa semua, so harap, so harap fans-fans Harimau Malaya dapat still turun ke stadium semasa bertemu Bangladesh nanti, untuk beri sokongan kepada kami.”

Jelas Khuzaimi Piee.

Ketika ditanya adakah keadaan padang menjadi punca kekalahan skuad Malaysia pada hari ini, beliau kemudiannya menjawab:

“Tak, bagi kami keadaan padang semua tu tak boleh nak dipersalahkan lah, sebab benda kita tak jangka kita tak boleh nak ni kan, mungkin ada certain-certain mistake yang kami lambat untuk covering apa tu semua, yang membuatkan Bahrain mendapatkan gol.”

Ketika temu bual sama, Khuzaimi Piee turut berjanji yang beliau bersama rakan sepasukannya akan berusaha untuk mengelak dari melakukan kesilapan bodoh yang akan merugikan kem negara.

“So apa yang kami boleh cuba adalah fokus untuk next game dan tak melakukan kesilapan yang orang kata apa, silly-silly mistake.”

Pemain pertahanan negara itu juga turut menghamburkan pujian menggunung kepada barisan kejurulatihan dan beliau percaya Malaysia sebenarnya masih berpotensi untuk layak.

https://twitter.com/harimaumalaya7/status/1535671540234481664?t=D7iGTKQTWT7EUXvnVGuD5A&s=19

Skuad Harimau Malaya hanya perlu memastikan mereka mencatat kemenangan dalam perlawanan terakhir bertemu Bangladesh nanti, dan pada masa sama mereka turut perlu berharap agar keputusan perlawanan lain akan memihak kepada Malaysia.

Sumber gambar: AzriHaziq Makan Bola

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN