Khidmat Pemain Tempatan Kekal Jadi Pilihan PJ City

PJ City meneruskan rencana mereka musim ini dengan terus mengekalkan slot pemain tempatan sahaja dalam skuad mereka untuk dibawa ke musim hadapan.

Jelas tiada perubahan yang dilakukan PJ City selain terus mempercayai tenaga pemain tempatan untuk terus memperkuatkan pasukan buat musim akan datang dalam saingan Liga Super.

K. Rajendran selaku pengurus PJ City menegaskan tiada sebarang perubahan akan dibuat melainkan pemilihan pemain baharu juga hanyalah untuk kuota pemain tempatan.

Walaupun menjangkakan bahawa saingan musim hadapan bakal lebih sengit, beliau dilihat yakin dengan tenaga tempatan yang mampu memberi daya saing buat pasukan lain yang mempunyai import.

Dari segi persiapan, Rajendran mengakui akan ada beberapa pemain baharu yang akan masuk untuk terus menguatkan pasukan musim hadapan.

Beliau memberi bayangan akan beberapa pemain dari pasukan Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka United bakal menyertai pasukan ini untuk musim hadapan.

Setakat ini, beliau berkata sudah ada enam pemain baharu yang menandatangani kontrak bersama pasukan untuk musim hadapan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Untuk rekod, PJ City menamatkan kempen saingan Liga Super dengan berada di kedudukan ketujuh liga serta berjaya mempamerkan saingan sengit dalam peringkat kumpulan bagi saingan Piala Malaysia.

Pasukan ini juga berjaya menaikkan bakat-bakat pemain tempatan dengan bukti tiga orang pemain mereka iaitu Darren Lok, R. Kogileswaran, dan Kalamullah Al Hafiz antara yang berjaya dipanggil ke kem kebangsaan tahun ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN