‘He Is Coming Home’ – Syafiq Ahmad Sah Kembali Ke Pangkuan Kedah

Syafiq Ahmad JDT Kedah 2022

Berakhir sudah segala teka-teki apabila sebentar tadi, Kedah Darul Aman FC mengumumkan kembalinya bekas ‘ubi muda’ mereka, Syafiq Ahmad yang dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk saingan musim depan.

Syafiq Ahmad memang dikaitkan bakal kembali ke Kedah selepas JDT mengumumkan bakal meminjamkan penyerang skuad kebangsaan itu kepada pasukan yang berminat. Namun, Semuanya BOLA menjangkakan ia tidak akan menjadi realiti atas beberapa faktor dalam artikel ‘3 Sebab Kedah Bukan Destinasi Yang Dituju.’

Syafiq Ahmad Bakal Dipinjamkan Keluar – 3 Sebab Kedah Bukan Destinasi Yang Dituju

Dalam pengumuman Pengarah Sukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Martin Prest, dimaklumkan penyerang, Syafiq Ahmad akan dipinjamkan keluar dan mereka dalam fasa perbincangan dengan beberapa buah pasukan.

Tidak dimaklumkan pasukan mana yang sedang berbincang bersama juara lapan kali Liga Super itu, namun terdapat khabar angin mengatakan Syafiq Ahmad bakal menyertai Kedah Darul Aman FC atau KL City FC. Ia atas satu ciapan oleh pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Menurut TMJ, “Kalau dipinjamkan keluar pun, mesti dia nak main kelab yang main [dalam] kejohanan AFC macam Kedah atau Kuala Lumpur. Tak mungkin dia nak main kelab awak bawah pengurusan Izhar Moslim.”

Dan nampaknya, Kedah berjaya mendapatkan khidmat Syafiq Ahmad yang merupakan produk Kedah sendiri.

Selepas empat musim berkelana ke Selatan tanah air, penyerang berusia 26 tahun itu akhirnya ambil keputusan untuk kembali. Ironinya, jika dilihat penampilannya selama empat musim di JDT adalah separuh daripada penampilan tiga musimnya bersama Kedah. Mungkinkah beliau mudah mendapat ‘tempat’ selepas ini?

Beliau dahagakan minit permainan dan perpindahan ini jelas bermotifkan minit permainan. Beliau tampak mahu mendapatkan semula prestasi terbaiknya kerana seperti yang kita ketahui, Syafiq Ahmad memiliki kualiti untuk menjadi penyerang yang berkualiti. Walaupun kurang minit permainan, aksinya tidak pernah mengecewakan.

Jika dilihat, beliau semakin kerap memanaskan bangku simpanan JDT berbanding beraksi dan ia semakin ketara selepas beliau terbabit dalam kemalangan jalan raya tragis pada Disember tahun lalu yang meragut nyawa anak lelakinya, Aisy Saqeef yang berusia 22 hari, ibu mertuanya, Zainab Wahab dan pembantu rumah.

Mungkin beliau perlukan perubahan ‘angin’ dan kembalinya beliau ke Kedah seakan-akan mengiyakannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN