Kelantan tampil dengan persiapan yang semakin baik ketika ini menerusi beberapa pemain baharu ditandatangani untuk memberi cabaran dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2023.
Menjadi antara pasukan yang dikritik sebelum itu kerana agak perlahan daripada segi persiapan serta perancangan untuk dihebahkan di media sosial, kini boleh dikatakan Kelantan paling kerap memperkenalkan pemain baharu mereka.
| Galeri foto sesi latihan pasukan TRW yang berlangsung di Padang Majlis Perbandaran, Nilai.#ThePowerofGomoMindset #GomoKelateGomo#TRWSelamanya #LASCoffee #Zamburger pic.twitter.com/ghdEcGKjoM
— TRW KELANTAN FC (@kelantanfc_trw) February 7, 2023
Menyedari cabaran dalam saingan Liga Super lebih mencabar, pasukan tersebut telah pun membuat beberapa rombakan baharu, termasuk di bahagian kejurulatihan.
Choi Moon-sik yang dilantik selaku ketua jurulatih baharu Kelantan menjadi bukti pasukan tersebut serius mahu meningkatkan lagi kualiti permainan mereka bagi mencabar kelab-kelab lain musim ini.
Menerusi pemain import pula, beberapa muka baharu telah ditandatangani bersama latar belakang yang tidak kurang hebatnya di segenap posisi.
Terbaharu, pemilik kelab iaitu Norizam Bin Tukiman (Zamsaham) dilaporkan bakal membawa masuk seorang lagi tenaga import baharu yang beraksi di posisi pertahanan.
Pemain yang dimaksudkan itu ialah Miguel Angel Garrido Cifuentes atau lebih dikenali sebagai Cifu yang berasal dari Zujar, Sepanyol.
Perkongsian yang dibuat oleh Zamsaham beberapa jam lalu itu dibuat menerusi media sosial rasmi beliau dengan hanya memaparkan wajah pemain tersebut tanpa menyatakan sebarang info.
#Trw2023 mengintai peluang untuk membawa masuk pemain dari Sepanyol, Miguel Cifuentes aka Cifu, berusia 32 tahun dan beraksi di posisi pertahanan kanan. Berpengalaman luas di Liga Sepanyol bersama Malaga, Girona & Elche, terkini bersama Ibiza di LaLiga2. pic.twitter.com/yiycvLIY4m
— 𝔹𝕖𝕣𝕚𝕥𝕒 𝔹𝕠𝕝𝕒 𝕂𝕖𝕝𝕒𝕟𝕥𝕒𝕟 (@TwtBolaKelate) February 4, 2023
Namun menerusi kajian dibuat, Cifu merupakan bekas pemain yang sebelum ini pernah beraksi dalam saingan La Liga bersama beberapa pasukan ternama.
Tahun lalu menyaksikan Cifu beraksi di divisyen kedua Sepanyol yang lebih dikenali sebagai Segunda Division bersama Ibiza dengan mencatat 28 penampilan buat pasukan berkenaan.
Selaku pertahanan kanan, rekod gol dan bantuan jaringan yang dibuat oleh pemain berusia 32 tahun ini boleh dianggap baik serta bakal memberi nilai tambah buat Kelantan musim ini dalam aksi liga domestik.
Daripada 28 penampilan bersama Ibiza, pertahanan berketinggian 1.74 meter ini telah meledak satu gol bersama tiga bantuan jaringan, selain hanya mengutip empat kad kuning sahaja.
Selain pernah beraksi bersama Ibiza, Cifu juga sebelum itu pernah mewakili Malaga C.F, Elche, Girona, serta beberapa kelab lagi di Sepanyol bersama rekod yang bagus.
📯 𝗙𝗶𝗰𝗵𝗮𝗷𝗲 | Miguel Ángel Cifuentes
✍️ El defensa regresa al #ElcheCF#MuchoElche 💚 pic.twitter.com/4DfS1RTecg
— Elche Club de Fútbol 🌴💯 (@elchecf) September 22, 2020
Kehadiran Cifu pastinya akan menjadi suatu lagi daya tarikan buat saingan Liga M musim ini, setelah Kelantan berjaya mendapatkan seorang pertahanan dengsn latar belakang menarik dari Eropah.