Baru Kendali 4 Perlawanan, Aidil Sharin Jadi Mangsa Amukan Penyokong Persikabo 1973

Nasib bekas pengendali Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Aidil Sharin Sahak dilihat tidak begitu baik di Indonesia ketika ini selepas pasukan kendaliannya iaitu Persikabo 1973 terus kempunan meraih tiga mata.

Aidil yang menjadi jurulatih baharu buat Persikabo untuk Liga 1 Indonesia tampil dengan rekod yang sangat baik sebelum ini ketika bersama Kedah dan dijangka mampu membawa perubahan baharu buat pasukan tersebut.

Namun nasib tidak menyebelahi Aidil ketika ini, selepas pasukan tersebut terus mencatat kekalahan kali kedua sejak beliau memimpin Persikabo daripada empat perlawanan dihadapi.

Menerusi perkongsian di media sosial, Aidil ketika ini antara individu yang dikecam oleh penyokong di sana serta ada meminta agar beliau keluar daripada pasukan.

Seperti diketahui, musim ini menjadi sesuatu yang tidak begitu baik buat Persikabo selepas mengalami 12 perlawanan tanpa sebarang kemenangan termasuk semalam.

Kehadiran Aidil sebenarnya ditagih untuk mengubah nasib pasukan supaya menjadi lebih baik, memandangkan beliau mempunyai rekod positif ketika di Malaysia.

Malangnya selepas mengharungi empat perlawanan bersama Persikabo, Aidil cuma mampu memberikan dua keputusan seri serta dua kekalahan sahaja dalam saingan liga tersebut.

Ini menyebabkan para penyokong yang mengharapkan perubahan pantas berlaku dalam pasukan kecewa dan melepaskan rasa amarah mereka di Stadium Pakansari Bogor menerusi kain rentang dipasang meminta Aidil keluar daripada kelab.

Sebenarnya ia bukan suatu tugas mudah buat Aidil untuk membina karier dalam saingan Liga Indonesia berdasarkan tahap fanatik para penyokong, serta suasana yang berbeza.

Namun, pengendali dari Singapura itu menegaskan ia merupakan suatu cabaran buat beliau supaya tampil lebih matang selepas ini dalam karier.

Beliau juga mempunyai sasaran tersendiri bersama Persikabo untuk mengubah kedudukan kelab kepada lebih baik berbanding rekod-rekod lalu.

Suatu yang para penyokong perlu sedar ketika ini mengenai Aidil ialah untuk memberi beliau masa supaya dapat mengubah segala kelemahan lalu sedikit demi sedikit untuk tampil lebih baik.

Rekod semasa menyaksikan Persikabo berada di tangga ke-15 menerusi 25 mata sahaja dikumpul daripada 23 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN