Adakah Relevan Kobe Chong Sertai Divisyen 7 England Berbanding Cuba Bina Karier Di Asia?

Pemain muda kacukan Malaysia-Jamaica iaitu Kobe Jae Chong dilaporkan bakal menyertai pasukan baharu beliau pada tahun ini, Nuneaton Borough FC dalam saingan divisyen ketujuh di England.

Selepas menikmati musim yang baik bersama AFC Telford dalam saingan divisyen keenam England iaitu National League North musim lalu, kini Chong bakal memulakan karier baharu bersama Boro FC pada tahun ini.

Perkara ini disahkan sendiri menerusi laman Twitter rasmi pasukan tersebut dengan mereka mengumumkan Chong sebagai pemain baharu mereka untuk tahun 2023 dan telah pun diperkenalkan secara rasmi.

Untuk rekod, Chong dilihat perlahan dari segi pembangunan bola sepak di England selepas menghabiskan banyak karier beliau untuk beraksi dalam saingan divisyen rendah sejak beberapa tahun.

Walaupun mempunyai potensi yang menyakinkan pada awal karier untuk menyertai West Bromwich Albion serta Cagliari di Itali, segalanya tampak agak sukar buat pemain ini untuk cuba melangkah jauh bersama pasukan lebih baik.

Malah, ianya dibuktikan sendiri selepas Chong seolah ‘turun pangkat’ untuk beraksi di saingan divisyen ketujuh iaitu Southern League bersama Boro FC selepas tahun lalu bersama Telford di peringkat lebih baik.

Jika hendak dikatakan aksinya bersama Telford kurang memberansangkan, pemain ini menjadi antara tunjang utama pasukan tersebut serta turut merekodkan gol musim lalu.

Tetapi ianya masih belum cukup untuk Chong mengekalkan diri di sana atau cuba meraih perhatian pasukan-pasukan lebih besar di England untuk cuba mendapatkan khidmat beliau.

Pada usia 22 tahun, mungkin sebenarnya Chong sudah boleh memikirkan masa depan beliau bersama saingan liga di negara lain yang lebih memberi peluang buat dirinya untuk terus melonjakkan diri dalam arena bola sepak profesional.

Pernah dikaitkan bersama beberapa kelab di Malaysia musim lalu, ianya merupakan peluang terbaik sebenarnya untuk Chong cuba meraih perhatian pemerhati bola sepak lain agar memberi tumpuan kepada aksinya.

Namun, segalanya tak menjadi kenyataan dengan Chong meneruskan karier beliau di England bersama Telford dan harapan penyokong tempatan untuk melihat dirinya bermain di Malaysia tidak kesampaian.

Chong mungkin perlu memikirkan karier beliau di Asia atau mana-mana saingan liga yang lebih bersesuaian jika ingin terus kekal relevan dan menarik perhatian kem kejurulatihan Malaysia.

Sebagai contoh, boleh sahaja Chong cuba beraksi di Thailand dalam saingan divisyen kedua atau ketiga untuk kembali membina karier dirinya yang dilihat serba tidak menjadi kini.

Suatu kerugian jika Chong terus berada di sana jika beliau hanya beraksi dalam saingan semi-pro yang tidak begitu kompetitif serta kurang mendapat perhatian ramai.

Tambahan Malaysia kini berjaya melayakkan diri ke saingan Piala Asia bawah kendalian Kim Pan-gon, ia akan menjadi batu loncatan untuk Chong kembali bersinar jika beliau berjaya menarik minat pengendali tersebut.

Untuk itu, apa perlu dilakukan Chong sebenarnya perlu mendapatkan pasukan yang beraksi dalam saingan lebih kompetitif, serta mempamerkan kualiti tersendiri untuk membezakan beliau daripada pemain tempatan lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN