Bekas pemain pasukan Perak, Khalid Jamlus jelas sekali berasa kecewa dengan apa yang dilihatnya ketika ini.
Sama seperti penyokong Perak yang lain, Khalid turut berasa kecewa dengan apa yang dipersembahkan oleh bekas pasukannya itu apabila berterusan beraksi longlai dalam saingan liga.
Baru-baru ini, pasukan Perak mengalami minggu yang cukup perit apabila bolos 10 gol dalam masa seminggu.
Ianya hadir menerusi kedua-dua pasukan iaitu Perak dan Perak II yang tewas 5-0 ditangan lawan masing-masing.
Pernah Dikecam Netizen & Digelar Angkuh, Ini Sisi Berbeza Khalid Jamlus Ramai Tidak Tahu
Perak tumbang ditangan Johor Darul Ta’zim sementara Perak II dimalukan Negeri Sembilan dalam aksi Liga Premier.
Bercakap di media sosialnya, Khalid dengan terbuka menawarkan diri untuk menurunkan ilmunya sebagai penyerang berbisa kepada pemain-pemain Perak.
Tanpa, mengharapkan bayaran, Khalid menawarkan diri untuk melakukannya secara percuma dengan harapan ianya mampu melonjakkan nama Perak semula.
“Assalammualaikum Perak FC, saya sudi menurunkan ilmu untuk pemain-pemain penyerang untuk baki perlawanan yang ada secara PERCUMA.”
“Aku akan bantu Perak kembali semula ke landasan, saya akan bantu dengan penuh keikhlasan,” kata Khalid menerusi laman Facebooknya.
Selain Khalid, mantan pertahanan iaitu Azmeer Yusof juga menawarkan diri untuk membantu barisan pertahahan Perak secara percuma.
Beliau menawarkan diri untuk membantu barisan kejurulatihan supaya pertahanan Perak tidak lagi bolos.
Tawaran yang dilakukan oleh Khalid dan Azmeer ini mungkin dipandang sepi oleh pengurusan Perak, namun dengan bantuan penyokong-penyokong mampu boleh menekan pasukan untuk melakukan sesuatu.
Perak kini menduduki tangga ke-11 Liga Super dengan mengutip 13 mata.