Senarai Pemain Manchester United Intai Sebagai Pengganti Pogba

Manchester United besar kemungkinan akan membenarkan Paul Pogba meninggalkan Old Trafford sekiranya terdapat tawaran konkrit daripada mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan pemain itu pada musim panas ini.

Ia berikutan keengganan Pogba untuk menandatangani kontrak baharu bersama Red Devils, menyebabkan mereka berisiko kehilangan pemain itu secara percuma pada musim panas akan datang setelah kontrak sedia ada pemain itu hanya berbaki setahun sahaja lagi.

Paris Saint-Germain (PSG), Real Madrid, dan Juventus adalah antara kelab yang telah menyatakan minat terhadap Pogba sejak dua tahun yang lalu.

Jika Pogba benar-benar akan pergi, berikut adalah lima pemain lain yang dilihat berpotensi menjadi pengganti kepada Paul Pogba di Old Trafford.

Leon Goretzka

(Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Ia bukan perkara mengejutkan jika Paul Pogba mahukan perpindahan keluar dari Old Trafford. Ini juga bermakna Man United juga sudah pasti mempunyai beberapa perancangan untuk memburu calon pengganti.

Menurut Sport Bild, Goretzka sudah pun dilihat sebagai calon utama unruk menggantikan Pogba dan perpindahan tersebut boleh menjadi realiti mengambil kira kontrak pemain itu bersama Bayern Munich yang berbaki 12 bulan.

Pengurus baharu Bayern, Julian Nagelsmann mahu mengekalkan pemain antarabangsa Jerman itu di dalam pasukan, dan menganggap Goretzka sebagai pemain penting yang perlu ada di dalam perancangannya. Namun rundingan kontrak di antara Bayern dan kem pemain itu telah menemui jalan buntu sejak setahun yang lalu.

Goretzka adalah seorang pemain box-to-box berkualiti tinggi, dan pada musim lalu menyumbangkan lima gol dan lima bantuan gol dari 24 perlawanan Bundesliga. Pada usia 26 tahun, Goretzka menepati profil pemain yang dicari oleh Man United.

Ruben Neves

(Photo by David Rogers/Getty Images)

Neves ialah seorang lagi pemain tengah yang dikaitkan dengan perpindahan keluar pada musim panas ini.

Pemain dari Portugal ini memiliki baki kontrak selama dua tahun, dan adalah pemain penting Wolves di bawah kendalian Nuno Espirito Santo pada musim lalu.

Tampil sebanyak 40 kali untuk Wolves pada musim lalu dalam semua pertandingan, Neves menghasilkan lima gol dan satu bantuan gol di Premier League.

Ketibaan Bruno Lage sebagai pengganti Nuno dilaporkan menjadi punca Neves akan dijual – sekiranya mendapat tawaran yang betul.

The Atletic melaporkan Neves mungkin memiliki tanda harga sekitar £45 juta mengambil kira pengalamannya di Premier League.

Declan Rice

(Photo by Marc Atkins/Getty Images)

Rice adalah salah seorang pemain yang paling menyerlah di kalangan pemain skuad England yang beraksi di Euro 2020. Dan selepas musim yang cemerlang bersama West Ham, perpindahan untuk menyertai mana-mana kelab besar adalah satu kemungkinan.

Beberapa minggu lalu The Guardian melaporkan Rice telah menolak  dua tawaran kontrak baharu oleh West Ham. Beliau juga mahu dimaklumkan mengenai bidaan dari kelab lain, dengan pemain itu dikatakan mahukan pendapatan sekitar £150,000 seminggu.

Pada Mac lalu David Moyes berkata Rice bernilai lebih dari £100 juta, dan dengan baki kontrak selama 3 tahun, The Hammers berada di posisi untuk mempertahankan nilai tersebut.

Rice tidak dilihat sebagai pengganti terus kepada Pogba. tetapi pemain ini dilihat mampu menjadi versi pemain yang lebih baik kepada gandngan Fred-Scott McTominay.

Saul Niguez

Alvaro Morata
(Photo by Patricio Realpe/Getty Images)

Saul Niguez sudah bersama Atletico Madrid sejak 2008, tetapi musim panas ini mungkin akan menyaksikan perubahan. Sehingga kini, Saul dikhabarkan di dalam perancangan Atletico Madrid dan Barcelona sebagai sebahagian perjanjian yang menyaksikan Antoine Griezmann kembali ke Stadium Wanda Metropolitan. Setakat ini rundingan tersebut gagal.

Menyertai Atletico Madrid pada 2017 dengan kontrak selama sembilan tahun, Saul Niguez sebenarnya mempunyai klausa perpindahan bernilai £130 juta.

Liverpool turut dikatakan berminat untuk mendapatkan Saul Niguez dengan Jordan Henderson dilaporkan akan berhijrah menyertai kelab Madrid itu.

Man United dikatakan mengikuti rapat perkembangan pemain tersebut, dan Atletico turut tidak menolak kemungkinan pemain itu akan menyertai pasukan lain sekiranya menerima tawaran yang munasabah.

Eduardo Camavinga

Camavinga adalah salah seorang prospek muda terbesar di dalam bola sepak eropah pada masa ini dan laporan mengatakan bidaan bernilai £25 juta sudah cukup untuk mendapatkan pemain ini.

Baru berusia 18 tahun, Camavinga menyerlah bersama Rennes pada musim lalu, tampil dalam 38 perlawanan untuk pasukannya dalam semua pertandingan.

Dikhabarkan sudah bersedia untuk menyertai mana-mana kelab besar yang berminat untuk mendapatkannya, Camavinga dipercayai sedar akan minat yang ditunjukkan oleh United, tetapi mahu menunggu sekiranya Real Madrid berminat untuk mendapatkan khidmatnya pada musim panas ini.

Pengarah Sukan Manchester United, John Murtough dikhabarkan akan menanti sehingga saat akhir jendela perpindahan untuk memaksa penjualan dengan harga yang lebih rendah untuk Camavinga.

Penutup

Siapakah pemain yang akan Manchester United dapatkan sebagai pengganti Paul Puogba sekiranya pemain itu pergi meninggalkan Old Trafford untuk menerikma tawaran PSG?

Pemain manakah yang lebh sesuai menurut pendapat anda? Nyatakan kepada kami melalui platform yang kami sediakan. Kami juga mahu mendengaarnya dari anda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN