Khalid Ali Mahu Khidmat Lim Teong Kim Bersama NFDP Ditamatkan Dengan Segera

Bekas pemain negara, Khalid Ali mendesak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menamatkan kontrak Lim Teong Kim sebagai pengarah NFDP dengan segera susulan kegagalan skuad B-16 negara mara ke Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan.

Beliau berkata kepada Berita Harian, KBS membuat kesilapan yang besar dengan membayar gaji yang lumayan tetapi hasilnya tidak seberapa.

“Beliau mesti bertanggungjawab, Menteri Belia dan Sukan perlu menamatkan khidmatnya, ia tindakan yang baik.

“Saya melihat satu kesilapan apabila KBS membayar gaji yang begitu tinggi (RM175,000 sebulan). Mungkin pendapatan beliau di Jerman lebih banyak namun seharusnya kita mengukur diri sendiri terlebih dulu.

“Ia jumlah yang tidak patut kerana sepanjang tiga atau empat tahun ini, tiada keputusan yang baik dihasilkan,” katanya.

Lim Teong Kim berkhidmat sebagai jurulatih skuad bawah 16 tahun negara minggu lepas. FOTO: AFC

Pandangan sama turut dikongsi seorang lagi bekas pemain negara, Datuk Shukor Salleh yang senada dengan Khalid.

“Seharusnya beliau berundur. Beliau perlu menerima hakikat selain menjaga pembangunan, aspek lain perlu dilihat seperti kemajuan dan pencapaian.

“Matlamat adalah mara ke Piala Dunia namun peringkat suku akhir pun tidak dicapai,” katanya.

Baru-baru ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan khidmat Teong Kim sebagai jurulatih skuad bawah 16 tahun negara telah ditamatkan serta-merta.

Namun begitu, Teong Kim masih mempunyai kontrak bersama NFDP sehingga 2020 sebagai pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan kedudukan beliau akan ditentukan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam mesyuarat yang akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif NFDP, Safirul Abu Bakar turut menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Menteri Belia dan Sukan selepas tamat perlawanan menentang Jepun kerana mahu bertanggungjawab di atas kegagalan pasukan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN