Cristiano Ronaldo: “Terimalah Hakikat Gol Saya Lebih Baik Daripada Mo Salah”

Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo masih tidak percaya jaringan beliau telah kalah dalam perebutan anugerah PUSKAS beberapa hari lepas.

Ronaldo masih percaya sepakan guntingnya ketika meledak gol bersama Real Madrid menentang Juventus musim lalu lebih berkualiti berbanding jaringan Mohamed Salah yang memenangi anugerah Puskas 2018.

“Salah memang layak menang anugerah Puskas, ia adalah gol yang baik. Tetapi baik kita bersikap jujur, jangan menipu diri sendiri, gol saya adalah lebih baik daripada beliau,” kata Ronaldo kepada 142 juta pengikutnya di Instagram.

Selain anugerah Gol Terbaik Puskas, bintang Portugal berusia 33 tahun itu turut tewas kepada bekas rakan sepasukannya di Real, Luka Modric bagi anugerah Pemain Terbaik Dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Salah memenangi anugerah berkenaan menerusi jaringan lencongnya ketika Liverpool menewaskan Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris Disember lalu.

“Saya tidak kecewa, kehidupan memang seperti itu, kadang kala kamu menang dan kadang kala kalah, apa yang menarik perhatian saya ialah sepanjang 15 tahun dalam bola sepak saya dapat mengekalkan prestasi yang sama,” kata Ronaldo.

“Anugerah adalah anugerah… Banyak yang sudah saya menangani. Saya bermain untuk menang dan bukan untuk anugerah.”

Begitupun, komen Ronaldo yang kini beraksi bersama Juventus itu hadir lima hari selepas anugerah berkenaan berlangsung di London dan ironinya, dia tidak menghadiri majlis berkenaan.

“Tahniah kepada semua orang, kepada Modric, pemain terbaik dunia menurut FIFA.”

Ronaldo meledak gol akrobatik berkenaan pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara menentang Juventus dan kemudian menyertai kelab gergasi Itali itu sebulan kemudian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN