Tempoh hari, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah mempersoal ketiadaan Menteri Belia dan Sukan iaitu Khairy Jamaluddin yang tidak menghadirkan diri ke perlawanan akhir Piala FA Malaysia diantara Kedah dengan Pahang tempoh hari.
TMJ merasakan yang seeloknya lebih baik Khairy menjadi ‘selebriti’ kerana merasakan menteri tersebut cumalah maju menjadi popular sahaja.
Khairy tidak hadir ke perlawanan akhir Piala FA Malaysia tempoh hari kerana beliau terlibat dengan program melibatkan Askar Wataniah.
Bercakap kepada Sinar Harian baru-baru ini, Khairy menjawab persoalan yang mengenai isu terbabit.
“Saya rasa tidak perlu untuk saya ulas mengenai perkara yang berlaku itu.”
“Bagi saya, tiada sebarang kebaikan untuk saya jawab persoalan mengenai perkara itu.”
TMJ mempersoalkan ketiadaan Khairy di perlawanan akhir selepas baginda merasakan Menteri Belia dan Sukan seharusnya berada di perlawanan akhir yang cukup bersejarah dengan bola sepak negara.
Khairy mengulas perkara ini ketika di Program Bersama Ahli-Ahli Parlimen Belia baru-baru ini.