Quantcast

BERITA

26 Pemain Dipanggil Untuk Skuad Sukan SEA, Ifwat Akmal Antara Yang Tersenarai

Seperti skuad utama negara, skuad Sukan SEA juga telah mengumumkan senarai pemain yang bakal dipanggil ke skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu.

Skuad kali ini nampak ampuh dengan beberapa pemain yang dipanggil merupakan antara pemain yang telah mendapat pendedahan bersama pasukan masing-masing tidak kira di Liga Super, Liga Perdana atau pun Piala FAM.

Nama-nama pemain seperti Ifwat Akmal, Syahmi Safari dan Danial Ashraf antara pemain yang sering mendapat tempat di skuad utama masing-masing mendapat panggilan kali ini.

Gambar: Dzulfadzli Azim/Asiana

Selain itu juga, nama-nama seperti Ahmad Khairil Anuar, Syazwan Andik dan juga Jafri Chew turut tersenarai.

Nama yang mencipta kejutan adalah Raphi Azizan dan 2 pemain Felcra FC iaitu N. Thalabalan dan Adib Zainuddin. Hal ini kerana mereka datang dari pasukan Piala FAM!

Akan tetapi, nama penyerang sensasi PKNP FC iaitu Shahrel Fikri tercicir dari skuad kali ini.

Berikut adalah senarai penuh bagi skuad 26 pemain Sukan SEA 2017:

  • Amirul Hisyam Awang Kechik (Kedah)
  • Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah)
  • Syafiq Ahmad (Kedah)
  • Ariff Farhan (Kedah)
  • S. Kumaarhan (Pulau Pinang)
  • Jafri Chew (Pulau Pinang)
  • Syamer Kutty Laba (Pulau Pinang)
  • Syahmi Safari (Selangor)
  • Adam Nor Azlin (Selangor)
  • K. Kannan (Selangor)
  • Ali Imran Alimi (FELDA United)
  • Danial Amer (FELDA United)
  • Azriddin Rosli (FELDA United)
  • Safawi Rasid (JDT)
  • Haziq Nadzli (JDT)
  • Ahmad Syihan Hazmi (Kelantan)
  • Danial Ashraf (Kelantan)
  • Shamie Iszuan (Sarawak)
  • Tommy Mawat (Sarawak)
  • N. Thanabalan (Felcra FC)
  • Adib Zainuddin (Felcra FC)
  • Ahmad Khairil Anuar (Perak)
  • Syazwan Andik (JDT II)
  • Syazwan Bahari (PKNP FC)
  • Amierul Hakimi (Terengganu)
  • Raphi Azizan (PJ Rangers)

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!