Beberapa hari lalu, SPRM mengeluarkan kenyataan media mereka sedang mencari Khairul Anuar Baharum, iaitu bekas pemain pertahanan kebangsaan Malaysia.
Ketika era sebagai pemain, Khairul terkenal dengan corak pertahanan yang kental dan keras. Khairul Anuar Baharum bermain untuk beberapa pasukan utama di negara kita.
Antara pertahanan yang dianggap terbaik dalam generasinya. Khairul Anuar menjadi pemain penting untuk Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan juga Selangor.
Namun yang kurang enak untuk didengar, Khairul Anuar Baharum telah dikaitkan dengan skandal mengatur perlawanan melibatkan pemain-pemain MIFA.
Penangkapan 4 pemain MIFA termasuk seorang pemain import ini dikatakan antara faktor yang membawa kepada timbulnya nama Khairul Anuar sebagai dalang bookie.
Prestasi teruk MIFA sejak akhir-akhir ini memang agak mengejutkan. Mereka pernah mengejutkan JDT II dengan kemenangan 5-3 dalam Liga Premier musim ini.
Namun selepas itu, mereka kalah 5 daripada 6 perlawanan terakhir mereka. Khairy Jamaluddin dimaklumkan kelab tersebut memang tidak mampu menawarkan gaji yang tinggi kepada pemain.
Pada masa yang sama, ada pemain yang terlalu terikut-ikut dengan kehendak hidup mewah seperti pemain bola sepak yang lain.
Ini yang telah membuka ruang untuk mereka dihampiri oleh bookie bola sepak.
SPRM, kemudiannya memberikan amaran agar Khairul menyerah diri atau tindakan undang-undang akan diambil.
Khairul Anuar dilaporkan sudah menyerah diri kepad SPRM di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada 10.45 pagi, 14 April 2017.
Khairul juga diakatan ditemani oleh peguam yang akan mewakilinya dalam menjawab pertuduhan tersebut.
Baca juga: SPRM Cari Khairul Anuar Baharum Untuk Bantu Siasatan