Khabar Buruk Buat Singapura Tapi Tidak Buat Malaysia, Ikhsan Fandi Cedera

Ikhsan Fandi cedera sebelum Piala AFF Singapura

Biarpun menang ke atas Maldives dalam aksi pemanas badan, Singapura mungkin terpaksa melupakan khidmat Ikhsan Fandi untuk kempen Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang bermula pada 20 Disember depan.

Singapura menang 3-1 dalam aksi di Stadium Jalan Besar, malam tadi.

Penyerang sensasi yang sudah meledak 17 gol dalam 33 penampilan antarabangsanya itu dikhabarkan mengalami kecederaan lutut yang mungkin akan mengambil masa untuk pulih dan diturunkan beraksi.

Ia mungkin khabar buruk buat kem Singapura, tetapi tidak buat Malaysia.

Ini kerana, Ikhsan merupakan penyerang yang terbukti amat berbahaya dan Malaysia telah diundi bersama Singapura dalam Kumpulan B kali ini.

Selain Malaysia dan Singapura, turut bersama dalam kumpulan tersebut adalah semifinalis Piala AFF edisi lalu, Vietnam, Myanmar serta Laos.

Indikasi awal berdasarkan laporan oleh The Straits Times menunjukkan seperti ia kecederaan yang serius, namun tiada maklumat disertakan.

Ikhsan berang apabila tidak dapat menyambung aksinya dan terpaksa diusung keluar dan reaksinya, beliau melampar botol air ke ‘billboard’.

Adakah itu petanda yang Ikhsan akan terlepas aksi berdepan Malaysia? Kecederaan lutut lazimnya mengambil masa sehingga sebulan untuk pulih.

Jika benar Ikhsan tidak dapat beraksi di Piala AFF dan menentang Malaysia pada 3 Januari depan, ia adalah satu khabar gembira buat skuad negara.

Manakan tidak, Ikhsan adalah pemain yang mencalar rekod pengendali baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon apabila merupakan salah satu daripada dua pasukan yang berjaya menewaskannya pada Mac lalu.

Singapura menang 2-1 ke atas Malaysia dengan Ikhsan meledak kedua-dua gol untuk membuatkan Malaysia terus kempunan untuk menang ke atas mereka selepas kali terakhir melakukannya pada November 2014.

Penyerang yang beraksi di Thai League 1 bersama BG Pathum United itu meledak sembilan gol dalam 16 aksi dalam semua pertandingan di sana. Malah, beliau turut meledak tiga gol di AFC Champions League (ACL).

https://twitter.com/ElevenSportsSEA/status/1560552167190056960

Malah golnya di ACL 2022 itu turut tular disebabkan ‘letupan derasnya’.

Saat ini mungkin kem Singapura sedang mengikuti rapat kecederaan penyerang harapan mereka itu dengan harapan ia sempat pulih.

Malaysia pula mungkin akan terus berdoa agar Ikhsan akan diketepikan untuk Piala AFF terutamanya untuk perlawanan terakhir kumpulan mereka.

Dalam pada itu, Singapura merekodkan kemenangan ke atas Maldives hasil jaringan adik Ikhsan iaitu Ilhan Fandi dan dua gol oleh Shawal Anuar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN