“Dia Tak Tahu Apa Tentang Bola Sepak”- Kenapa Penjaga Gol Argentina Sindir Mbappe?


Menjelang aksi final Piala Dunia 2022 malam ini, suasana hangat kian dirasai dalam kalangan para penyokong untuk mengetahui siapa akan menjulang kejuaraan tersebut di Qatar.

Pertemuan antara Argentina dan Perancis ini dijangka akan tampil sengit dan sukar untuk diketahui siapa akan menjadi juara temasya tersebut berdasarkan prestasi semasa kedua negara ini sangat positif.

Tambah menghangatkan suasana, ada wakil pemain dari kedua negara yang bertanding tersebut mula mengeluarkan beberapa kenyataan provokasi untuk mengganggu mental antara satu sama lain.

Antara yang mencuri tumpuan, penjaga gol Argentina iaitu Emiliano Martinez telah pun mengeluarkan kenyataan kepada media yang dilihat telah pun menyindir penyerang Perancis, Kylian Mbappe.

Sebelum kedua pasukan ini membuat perhitungan di Stadium Lusail, masing-masing dilihat rancak memberi kenyataan provokasi yang jelas membabitkan perang psikologi.

Pada awal tahun ini, Mbappe telah pun menyatakan bola sepak di benua Amerika Selatan tidak sehebat seperti Eropah dari segi corak permainan dan konsistensi.

Menurut Mbappe, apa yang membuatkan negara di Eropah lebih bagus kerana mereka telah bermain di tahap lebih tinggi seperti saingan Nations League.

“Kelebihan kami dari negara Eropah ialah sebelum itu kami telah pun bersaing sesama sendiri di peringkat tertinggi seperti saingan Nations League.

“Bila kami tiba untuk saingan Piala Dunia ini kami sudah pun bersedia, sementara Brazil dan Argentina tidak ada seperti ini di Amerika Selatan.

“Bola sepak di sana tidak berkembang hebat seperti di Eropah. Sebab itu saingan Piala Dunia lalu dikuasai oleh kami bukannya mereka,” jelas Mbappe menerusi Sport Bible.

Menjawab kepada kenyataan itu, Martinez menganggap Mbappe sebagai yang tidak tahu apa-apa tentang bola sepak.

“Dia tak tahu segalanya dengan cukup mengenai dunia bola sepak. Dia tak pernah bermain di Amerika Selatan.

“Bila kamu tak ada pengalaman tersebut, sebaiknya berhenti bercakap tentang perkara itu. Tapi tak mengapa, kami masih lagi antara pasukan yang hebat dan telah pun diakui,” bidas Martinez kembali.

Dijangka kedua pemain itu akan diturunkan dalam kesebelasan utama untuk aksi final malam ini, dan pastinya masing-masing ingin membuktikan siapa lebih hebat untuk merangkul kejuaraan tersebut.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN