Baru-baru ini terdapat khabar angin yang menyatakan bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger akan menyertai pasukan gergasi Itali, AC Milan bagi menggantikan Gennaro Gattuso sebagai ketua jurulatih.
Wenger tidak terlibat dalam sebarang perlawanan kompetitif sebaik meninggalkan Arsenal selepas berkhidmat untuk tempoh 22 tahun, penghujung musim lalu.
Arsene Wenger is reportedly AC Milan-bound & will replace Gennaro Gattuso as coach. #ACM https://t.co/zrL69ocTha
— Jonathan Johnson (@Jon_LeGossip) November 5, 2018
Beliau dikaitkan dengan jawatan tertinggi itu selepas Gattusso gagal membawa AC Milan mempamerkan aksi meyakinkan dalam saingan Serie A musim ini.
Wenger, bagaimanapun, menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan kepada beIN Sports: “Ia adalah berita palsu.
"Fake News!"
Arsène Wenger emphatically denies reports he will become the next AC Milan manager. #beINUCL pic.twitter.com/l1Ia0wrAnT
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_EN) November 6, 2018
“Saya tidak mampu mengawal khabar angin. Saya hanya mampu mengawal apa yang saya lakukan.”
Bulan oktober lepas, Wenger telah menyatakan hasrat beliau untuk kembali ke bidang pengurusan pada Januari tahun depan. Pengurus yang berusia 69 tahun itu turut mengesahkan telah menerima banyak tawaran dari seluruh dunia.
“Saya mungkin akan kembali pada awal 2019.
“Buat masa ini, saya hanya mahu berehat dan menikmati setiap perlawanan bola sepak yang saya saksikan.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, adalah lebih baik untuk tidak kembali ke England.
“Saya menghabiskan terlalu banyak masa bersama sebuah pasukan dan untuk bersama pasukan lain di sana sudah pasti akan memberikan perasaan janggal,” tambahnya.
Wenger juga tidak berselindung untuk menyatakan hasrat beliau untuk kembali ke Jepun, di mana beliau pernah menyertai kelan Liga J sebelum ke Liga Perdana Inggeris pada 1996.
Namun demikian Wenger menolak idea untuk menyertai Bayern Munich, dan berpendapat kelab tersebut sepatutnya kekal dengan Niko Kovac yang kini berada dalam tekanan, selepas permulaan buruk kelab tersebut musim ini.