KFA Tetap Dengan Pendirian Tidak Mahu Berikan Surat Pelepasan Akhyar Rashid

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengulangi pendirian mereka; tidak mahu mengeluarkan surat pelepasan ataupun SPN melibatkan Akhyar Rashid kepada JDT.

Akhyar Rashid sudah didaftarkan oleh JDT dalam fasa pendaftaran awal pemain menggunakan surat pelepasan sementara dikeluarkan oleh FAM.

Setiausaha Kehormat KFA, Mohd. Asmirul Anuar Aris berkata, langkah untuk tidak memberikan SPN itu adalah untuk menunjukkan pendirian mereka. Jika surat pelepasan itu dikeluarkan oleh KFA, ia menggambarkan KFA bersetuju dengan perpindahan Akhyar Rashid.

Asmirul berkata: “KFA tidak setuju. Jadi apabila kami tidak bersetuju, kami rasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sendiri akan keluarkan [surat pelepasan sementara].”

KFA sendiri masih dalam proses untuk mengheret kes ini ke CAS seperti yang mereka nyatakan sebelum ini. Asmirul menyatakan para peguam yang dilantik KFA dalam proses penelitian untuk memfailkan kes itu – untuk dihantar ke Mahkamah Timbang Tara Sukan Antarabangsa.

Beliau berkata lagi: “Kita mempunyai pendirian yang sama seperti sebelum ini dan tidak akan membuat ‘U Turn’.”

“KFA hanya mengikuti proses undang-undang biasa dan menyerahkan kepada peguam untuk menilai dan melihat kes ini.

“Sebaik sahaja difailkan di CAS, kita juga tidak akan membuat kenyataan-kenyataan menerusi media lagi dan segala pertanyaan berkaitan kes itu boleh merujuk dengan barisan peguam KFA.”

CEO Liga Bola Sepak Malaysia, Kevin Ramalingam menyatakan Akhyar Rashid bebas untuk beraksi bersama JDT walaupun tidak ada surat pelepasan daripada KFA.

Dan dalam aksi pra-musim di antara JDT dan Home United semalam, Akhyar Rashid melakukan debut bukan kompetitif beliau bersama Harimau Selatan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN