Quantcast

LIGA MALAYSIA

RASMI: Perlis Ikat Pemain Kebangsaan Singapura, Faris Ramli

Perlis terus aktif dalam jendela perpindahan kali ini. Terbaru Perlis Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) menerusi laman Facebook rasmi mereka mengumumkan Faris Ramli sebagai pemain baru mereka.

Rata-rata penyokong Perlis teruja dengan kehadiran Faris Ramli bagi memperkuatkan pasukan Singa Utara untuk saingan musim 2019.

Faris Ramli merupakan pemain kebangsaan Singapura. Dan beliau sebelum ini beraksi untuk kelab seperti PKNS FC dan juga Home United.

Faris Ramli dianggap pemain sayap yang lincah dan mampu menjaringkan gol. Musim lalu beliau mencetak 14 gol dalam saingan Liga Singapura. Pemain 27 tahun ini memiliki pengalaman bermain dalam kancah saingan Liga Malaysia.

Faris Ramli menyertai beberapa bintang lain yang menyertai Perlis sebelum ini seperti Safee Sali, Badhri Radzi , Khyril Muhymeen, Azmi Muslim, Amiridzwan Taj Tajudin dan Zafuan Azeman.

Perlis nampak bersungguh-sungguh dalam usaha mereka untuk kembali ke dalam saingan liga tertinggi di Malaysia. Sebelum ini Singa Utara diberikan slot Liga Premier oleh MFL.

Dengan skuad yang ada, Perlis optimis dengan peluang mereka untuk kembali semula ke Liga Super Malaysia.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!