KFA Sahkan Marcote Kini Jadi Jurulatih Pembangunan, Nidzam Adzha Jadi Interim

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengesahkan yang Ramon Marcote ditukarkan daripada Ketua Jurulatih kepada jawatan Ketua Jurulatih Pembangunan bola sepak Kedah.

Jawatan ketua Jurulatih akan dipangku sekali lagi oleh bekas ketua jurulatih mereka musim lalu, Nidzam Adzha. Ketua Pegawai Eksekutif KFA, Yusdi Madeonus Mohamad Yunus dalam kenyataan beliau berkata:

“Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) telah mengambil keputusan selepas melalui beberapa rundingan, pihak pengurusan tertinggi melakukan beberapa perubahan dalam sistem kejurulatihan skuad Hijau Kuning dengan melantik Ramon Marcote sebagai Ketua Jurulatih Pembangunan Bolasepak KFA.”

“Marcote akan menggalas tugasan tersebut bagi memantau projek pembangunan sedia ada dan merangka persediaan skuad hijaukuning bagi jangka masa panjang melalui peranan baru beliau dalam KFA.”

“Jawatan Ketua Jurulatih skuad Liga Super Kedah akan dipangku oleh Penolong Ketua Jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusof buat masa ini.”

KFA menyatakan, latar belakang Ramon Marcote antara sebab beliau dirasakan sesuai duduk di kerusi jurulatih pembangunan.

“Keputusan ini diambil memandangkan pihak pengurusan mendapati melalui maklumbalas teknikal dari semua pihak mengenai kelebihan pengalaman dan tahap kelulusan beliau dalam bidang sains sukan dan kejurulatihan bolasepak yang boleh dimanfaatkan semua pemain dan jurulatih di negeri Kedah.”

“Antara sasaran jangka pendek buat Ramon Marcote adalah untuk melihat kembali struktur kejurulatihan semua pasukan dibawah kendalian KFA dan merangka program-program latihan buat jurulatih bolasepak.”

“Di samping itu memantau perkembangan pemain-pemain bagi mencapai sasaran jangka panjang iaitu menyediakan pasukan pada musim hadapan.”

“Satu perbincangan telah diadakan antara Ramon Marcote dan pihak pengurusan dan peranan besar ini telah diperhalusi dan dilihat langkah terbaik bagi kedua-dua pihak untuk kemajuan bolasepak di negeri Kedah.”

“KFA mengucapkan selamat maju jaya buat Ramon Marcote dengan tugasan barunya!”

Ramon Marcote menyertai Kedah pada awal musim ini dnegan kontrak setahun. Beliau yang baru menggalas tugasan kurang 4 bulan telah menerima tekanan daripada beberapa pihak yang mahukan beliau direhatkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN