KFA Manfaat Sepenuhnya Rehat Panjang Dengan 5 Program ‘Team Bonding’

KFA

Rehat panjang akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dengan beberapa siri ‘team bonding’ yang diatur khas dan akan melibatkan semua pemain Helang Merah.

Menurut laman rasmi Facebook Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), program-program tersebut telah diatur khas bagi mengeratkan hubungan dan juga keserasian di kalangan pemain-pemain.

“Musim ini, pengurusan tidak hanya fokus kepada isu teknikal pasukan namun turut menyuntik aspek kerjasama berpasukan dan mengatur beberapa siri team bonding bagi memastikan hubungan erat dan keserasian pemain sentiasa dalam suasana harmoni.

“Dalam tempoh rehat dari aksi liga selama 20 hari, 5 program CSR dan ‘Team Bonding’ dirancang buat pemain-pemain skuad hijau kuning,” memetik kenyataan di laman Facebook KFA tersebut.

Ini adalah satu langkah menarik dan proaktif daripada pengurusan KFA dengan hanya tidak fokus kepada latihan semata-mata tetapi juga berusaha untuk memantapkan kerjasama antara pemain.

Selain itu, pengendali juga akan dapat menilai setiap pemain lebih baik sebelum liga kembali bersambung pada hujung bulan ini.

Antara aktiviti yang dirancang adalah aktiviti jogging, berbasikal, berkayak, ‘jungle trekking’ dan ‘wall climbing’, bowling serta menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura dalam Kejohanan Piala AIRMARINE 2019.

Selain itu, para pemain juga akan dibawa untuk bersama-sama pelatih Kenari Kid Kubor Panjang di Padang MDP Kubor Panjang. Kenari Kid adalah satu program khas asuhan bakat bola sepak KFA.

Berikut merupakan jadual program sepanjang rehat 20 hari ini:

  • 15 Mac : Jogging, berbasikal dan berkayak di Karnival Harapan Kedah 2019, Tasik Darul Aman, Jitra.
  • 16 Mac : Kenari Kid Kubor Panjang di Padang MDP Kubor Panjang.
  • 19 Mac : Jungle Trekking dan Wall Climbing di Putrajaya Challenge Park
  • 20 Mac : Bowling di IOI Mall, Putrajaya
  • 20 Mac : Piala AIRMARINE 2019: Malaysia v Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil

Selain itu, Kedah turut mengadakan tiga perlawanan persahabatan sepanjang berada di luar kawasan. Helang Merah dijadualkan akan menentang Negeri Sembilan di Paroi pada 17 Mac, UiTM FC di Shah Alam (18 Mac) dan juga UKM FC di Kuala Lumpur (21 Mac).

Jadual yang padat buat skuad kendalian Aidil Sharin sepanjang tempoh rehat ini bermula pada lewat petang ini di Jitra, Kedah.

Kedah akan melalui perlawanan persahabatan dan juga sesi ‘team bonding’ ini tanpa 3 pemain yang dipanggil untuk Piala AIRMARINE 2019 dan 2 pemain yang telah diterbangkan ke Cardiff.

Mereka adalah Ifwat Akmal Che Kassim, Zaquan Adha dan Rizal Ghazali untuk skuad kebangsaan manakala Fazrul Danel dan Mohd Asri untuk delegasi program bersama Cardiff City FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN