KFA Mahu MFL Guna Pengadil Luar Untuk Perlawanan Akhir Selepas Ini

Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) mahu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Melaysian Football League (MFL) untuk menggunakan khidmat pengadil luar khusus untuk perlawanan akhir pertandingan Liga Malaysia mulai musim akan datang.

Tuntutan tersebut dipercayai boleh mengelakkan sebarang rasa sangsi.

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir melalui laporan oleh Berita Harian pada hari ini.

Gambar: The Star

Bercakap kepada akhbar nasional itu beliau dipetik sebagai berkata:

“Kalau kita boleh ambil pengadil luar untuk Piala FA, saya ingat patutnya kita buat juga untuk Piala Malaysia.

“Saya difahamkan, biasanya pengadil yang mengadili perlawanan separuh akhir tidak boleh menjadi pengadil dalam perlawanan akhir.

“Lihat pengadil Jepun yang mengadili perlawanan akhir Piala FA antara Kedah dan Perak, dia ‘tibai’ kedua belah pasukan, jadi kita tak boleh main-main, sebab dia ikut peraturan yang betul,” katanya.

Menurut Mukhriz cadangan tersebut tidak bermakna beliau mempersoalkan penggunaan pengadil tempatan dalam aksi akhir Piala Malaysia Sabtu lalu.

Sebaliknya beliau menerima kekalahan itu dengan hati yang terbuka.

“Saya tidak bermaksud bahawa kita ada sebarang rasa musykil mengenai pengadilan perlawanan ini.

“Tetapi untuk masa depan, bagi mengelakkan rasa sangsi, sebaiknya guna [pengadil] luar negara,” tambah beliau lagi.

Pada Sabtu lalu JDT menewaskan Kedah 3-0 di perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan tersebut turut dipalit dengan gol kontroversi Safaqi Rasid, yang menyebabkan ramai ragu sama ada bola sudah melintasi garisan gol atau tidak.

Perkara itu menyebabkan sesetengah pihak menyuarakan agar VAR dan teknologi garisan gol digunakan di saingan Liga Malaysia. Walaupun ia mungkin cadangan yang bagus, penggunaan kedua-dua teknologi ini pasti akan memakan kos yang besar.

Kredit Foto: Kedah FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN