Sebentar tadi, pasukan Kedah secara rasminya melancarkan kit jersi ketiga pasukan mereka untuk musim 2020.
Template jersi kali ini berbentuk dam/catur. Ianya rekaan yang agak unik.
KFA menerusi siaran media rasmi mereka berkata:
“Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) secara rasminya melancarkan Kit Jersi Ketiga Pasukan Kedah bagi saingan Kelayakan Pusingan Kedua ACL 2020.
Kit jersi bercorak kotak dengan berwarna asas putih dibahagian dasar serta disulam dengan corak berwarna asas logo KFA iaitu hijau, kuning dan merah.
Hanya penaja utama dicetak di bahagian hadapan jersi sebagai memenuhi syarat AFC iaitu hanya penaja utama dibenarkan dicetak di atas jersi selain jenama pakaian sukan Lotto.
Kit jersi HOME dan AWAY akan dilancarkan sebelum bermulanya Liga Malaysia 2020 28 Februari nanti.
Pasukan Kedah akan beraksi bagi pusingan kelayakan ACL2020 21 Januari ini di Alor Setar dalam misi untuk layak ke pusingan Play Off ACL 2020 pada 28 Januari ini bertemu FC Seoul di gelanggang lawan.
Kit jersi ketiga/AFC akan mula dijual di Stadium Sultan Abdul Halim bermula 19 Januari dengan penaja Lotto akan turut mengadakan aktiviti bersama peminat bermula jam 3:00 petang hingga 9:00 malam. Kit Jersi Ketiga ‘Player Issue’ dijual di pasaran dengan harga RM109.
“Asia here we come”
Kedah turut mempertontonkan video pengenalan rasmi jersi khas untuk ACL mereka itu.
Macam mana? Apa kata anda semua, cantik tak? Masing-masing pasti ada pandangan tersendiri tentang jersi ketiga ini bukan?
Jadi dapatkan 3rd kit Kedah FA 2020 sekarang di laman SBX: https://thesbx.com/produk/lotto-kedah-fa-3rd-kit-season-2020/