KFA Beri Peluang Kepada Nidzam Adha Bukti Keupayaan Terlebih Dahulu

KFA mengesahkan mereka ada beberapa calon dalam senarai untuk menggantikan Tan Cheng Hoe. Namun buat masa ini, badan pengrusan bola sepak Kedah itu akan memberikan peluang terlebih dahulu kepada Nidzam Adha.

Nidzam Adha berjaya membantu Kedah menang ke atas Terengganu pada separuh akhir pertama Piala FA.

Dari sudut taktikalnya beliau mengekalkan sistem permainan pasukan Kedah sepertimana yang dicipta oleh Tan Cheng Hoe.

Pada akhir April lalu, Tan Cheng Hoe secara rasminya melepaskan jawatan beliau di Kedah. Buat masa ini, Nidzam Adha adalah interim.

Namun begitu, KFA tidak berjanji akan memberikan Nidham Adha jawatan tetap. Jadi, kemenangan ke atas Terengganu hanyalah langkah pertama.

Prestasi dalam setiap perlawanan selepas ini ibarat ujian akhir (final exam) dalam usaha beliau meyakinkan KFA bahawa beliau orang yang mampu menggalas tugasan tersebut.

Bercakap kepada Bernama selepas tamat perlawanan separuh akhir pertama Piala FA, Pengurus pasukan Kedah, Datuk Jeffery Low berkata:

“Kita sudah maklumkan kepada para pemain agar bermain seperti biasa selepas ini, namun Nidzam perlu bimbing pemain dengan lebih baik lagi,”

“KFA perlu terlebih dahulu melihat prestasi Muhammad Nidzam mengendalikan pasukan dalam beberapa perlawanan akan datang.”

“Nidzam pun sudah lama bersama pemain. Namun kita masih memberi ruang. Kita tidak janjikan apa-apa, cuma kita perlu melihat kepada prestasi beliau dalam beberapa perlawanan akan datang.”

Nidzam Adha sebelum ini telah menjadi pembantu ataupun orang no.2 kepada Tan Cheng Hoe dan tahu serba-serbi corak pendekatan taktikal dan pengurusan pasukan yang sedia ada.

Selepas ini, Kedah akan berhadapan dengan PKNS dalam saingan Liga Super pusingan kedua. Kemudian barulah Kedah akan cuba menyelesaikan urusan ke final Piala FA dalam perlawanan separuh akhir ke-2.

Baca juga: Adakah JDT Pasukan Yang Cuba Melamar Mohammed Ghaddar?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN