Adakah JDT Pasukan Yang Cuba Melamar Mohammed Ghaddar?

Mohammed Ghaddar mempunyai musim yang cukup baik setakat ini buat pasukan Kelantan.

16 gol dalam pusingan pertama liga membuatkan beliau cukup disayangi oleh para peminat Kelantan.

Namun Tan Sri Annuar Musa mendedahkan yang Ghaddar ada dirisik oleh pasukan dari Liga Super.

Tapi pasukan mana?

Menuju ke Selatan?

Khabar angin ini memasuki tajuk baharu selepas tersebarnya Instagram Story milik pemain JDT – Safawi Rasid.

Dalam InstaStory beliau, terdapat sebuah gambaran formasi melibat para pemain JDT.

Dalam formasi tersebut terdapat nama-nama pemain JDT yang lain seperti Jack (Ahmad Hazwan Bakri), Safiq Rahim dan juga kapten JDT – Marcos Antonio.

Dalam InstaStory itu juga, Safawi meletakkan nama rakan sepasukan iaitu Nazmi Faiz Mansor yang mungkin ada bersama beliau ketika formasi itu dicipta.

Gambar: Instagram Safawi Rasid.

Namun adakah perkara ini benar atau tidak? Sama-sama kita nantikan.

Jika ia benar, ia pasti menimbulkan rasa tidak puas hati para peminat Kelantan kerana mereka pasti tidak mahu kehilangan pemain terbaik mereka musim ini kepada pasukan JDT atau mana-mana pasukan sekali pun.

Baca juga: FMLLP Luah Rasa Kecewa Terhadap Pasukan Yang Tak Patuh Peraturan Media

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN