“KFA Berhak Lakukan Tuntutan” – Tapi JDT Tidak Pernah Terima Arahan Untuk Bayar

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bertegas tidak pernah menerima arahan oleh mana-mana pihak untuk membayar pampasan atau duduk berunding dengan pihak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dalam menentukan nilai pampasan berhubung perpindahan Akhyar Rashid pada 2018, selepas keputusan yang dibuat oleh makhamah timbang tara pada 9 Januari 2020.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan oleh Alistair Edwards, yang merupakan Pengarah Teknikal JDT bagi pihak kelab untuk menjawab tuduhan Ketua Pegawai Eksekutif Kedah, Zulkifli Che Haron yang menyatakan JDT masih berhutang dengan Kedah mengenai pampasan latihan dan pembangunan.

Terdahulu pada hari ini, Zulkifli menasihatkan agar Alistair dan JDT menyemak semula fail dan memahami kronologi tuntutan, sebelum menuduh Presiden KFA, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor membuat tuduhan tidak berasas apabila mendedahkan perkara tersebut pada pertengahan minggu ini tadi.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berasa terkilan dengan pertuduhan tidak berasas yang berterusan oleh Kedah FA, kali ini melalui ketua pegawai eksekutif Zulkifli Che Haron yang menyatakan JDT masih berhutang dengan Kedah mengenai pampasan latihan dan pembangunan,” kata Alistair melalui kenyataan tersebut.

“JDT ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diarahkan oleh mana-mana pihak untuk membayar pampasan atau duduk berunding selepas keputusan yang dibuat oleh makhamah timbang tara pada 9 Januari 2020 untuk membatalkan keputusan awal oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mengarahkan untuk membayar pampasan latihan kepada Kedah.”

Namun demikian Alistair berkata Kedah sememangnya berhak untuk memulakan tuntutan baharu berkaitan pampasan latihan Akhyar Rashid.

Alistair bagaimanapun menegaskan mereka tidak diarahkan untuk membayar apa-apa pun oleh badan bola sepak mahupun pihak timbang tara setakat ini. JDT juga tidak diwajibkan untuk berbincang melainkan diarahkan oleh pihak yang berkuasa.

Berdasarkan situasi semasa, tidak dapat dipastikan sama ada Kedah FA telah melakukan tuntutan selepas keputusan terdahulu oleh FAM dibatalkan oleh Mahkamah Timbang Tara.

Difahamkan JDT pernah menyerahkan cek bayaran sebanyak RM100,000 kepada KFA sebagai pampasan sebelum ini, namun ditolak oleh pihak KFA sebelum kes tersebut dibawa ke mahkamah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN