Antonio Conte ‘Speechless’ Melihat Stadium Dan Kemudahan Latihan Tottenham Hotspur

Antonio Conte baru-baru ini telah secara rasminya dilantik sebagai pengurus Tottenham Hotspur, selepas pihak kelab memutuskan untuk memecat Nuno Espirito Santo.

Pengurus dari Itali itu sepertinya benar-benar menikmati kehidupan baru beliau di London dan turut mendedahkan tentang keterujaan beliau terhadap suasana dan segala yang beliau lihat di tempat barunya itu.

Tottenham Hotspur tidak dinafikan lagi sememangnya tidak pernah memenangi sebarang piala sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pelantikan Antonio Conte jelas sekali merupakan salah satu usaha pihak kelab untuk mengakhiri kemarau kejuaraan mereka.

Conte sememangnya memiliki rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan beliau boleh dikatakan akan membawa pulang setidak-tidaknya satu kejuaraan setiap kali menguruskan mana-mana kelab.

Musim lalu, beliau berjaya membantu Inter Milan untuk merampas gelaran Serie A dari Juventus, dan para penyokong Tottenham Hotspur berharap Conte akan mampu kekalkan momentum sama ketika mengendalikan Spurs.

Selepas hanya beberapa hari bersama kelab, Conte telah mendedahkan keyakinan beliau terhadap kelab, dan percaya Spurs mempunyai keinginan tinggi untuk memenangi piala.

“Saya suka dengan cita-cita dan semangat untuk berjaya yang ditunjukkan oleh pemilik Tottenham.”

Jelas Antonio Conte.

Pengurus dari Itali itu kemudiannya memuji stadium Tottenham Hotspur dan juga kemudahan di padang latihan kelab.

Beliau menganggap dirinya tidak pernah melihat semua hal yang sangat berkualiti dan berkelas dunia seperti yang beliau lihat di Tottenham Hotspur.

“Stadium sangat mewah dan modern serta sangat selesa, ia bernilai satu billion euros, tapi padang latihan boleh buat kamu ‘speechless’. Ia antara yang terhebat yang pernah saya lihat, tiada keraguan untuk itu.”

Tambah bekas pengurus Chelsea dan Inter Milan itu lagi.

Antonio Conte telah dilantik sebagai pengurus Tottenham Hotspur pada 2 November 2021, dan beliau pada ketika ini dilihat sangat selesa bersama kelab.

Pengurus dari Itali itu bersetuju untuk kembali ke saingan Premier League selepas pihak Tottenham Hotspur teruja dengan melihat rekod sepanjang karier Conte ketika bersama Chelsea sebelum ini.

Pengurus berusia 52 tahun itu merupakan individu paling diharapkan oleh Tottenham Hotspur untuk membantu kelab memenangi piala pertama mereka.

Bekas pengurus Chelsea dan Inter Milan itu bolehlah dianggap sebagai antara tokoh paling berpengaruh di Stamford Bridge dari tahun 2016 hingga 2018.

Beliau berjaya membawa The Blues memenangi gelaran Premier League pada musim pertamanya berkhidmat iaitu pada musim 2016/17.

https://twitter.com/Shpetim21816405/status/1461620834066477056?t=4pEeblHWobwZvmFN2mEMEw&s=19

Maka melihat kepada semua pencapaian itu, Tottenham Hotspur sangat berharap Conte setidak-tidaknya akan mampu membantu mereka memenangi satu kejuaraan dalam masa terdekat ini.

Antonio Conte sudah mengendalikan dua perlawanan Tottenham Hotspur sejak dari beliau dilantik, dengan perlawanan pertamanya berakhir dengan kemenangan 3-2 menewaskan Vitesse dalam saingan UEFA Conference League.

Perlawanan kedua pula bertemu Everton dalam saingan Premier League dengan beliau berjaya mencuri satu mata berharga dari Goodison Park.

Dengan skuad yang beliau ada pada ketika ini, tidak mustahil untuk Conte membantu Spurs memenangi setidak-tidaknya satu kejuaraan dalam masa terdekat.

Pada ketika ini, Tottenham Hotspur sedang berada di kedudukan kesembilan dalam saingan Premier League, dengan mereka berjaya mengutip 16 mata dari 11 perlawanan terakhir.

Mereka hanya mampu memenangi satu sahaja dari empat perlawanan terakhir dalam saingan Premier League, dengan Conte diharapkan akan berjaya membawa Spurs kembali menemui rentak kemenangan.

Selain memiliki barisan pemain yang hebat dan menakjubkan, Conte juga disediakan dengan kemudahan latihan berkelas dunia yang turut dikagumi oleh dirinya sendiri.

Maka dengan itu, beliau seharusnya akan berjaya untuk melakukan sesuatu dalam membantu kelab kembali menjadi antara pasukan paling digeruni dalam saingan Premier League.

Conte juga sudah memberikan senarai pemain yang beliau mahukan kepada pemilik kelab, dan seandainya beliau dapat apa yang beliau mahukan, tidak akan mengejutkan Spurs akan tampil berbeza selepas ini.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN