Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Costa Rica mendakwa Keylor Navas bersama tiga pemain skuad kebangsaan Costa Rica yang lain dengan sengaja berkomplot untuk kalah perlawanan antarabangsa membabitkan pasukan negaranya.
Eduardo Li adalah bekas presiden Persatuan Bola Sepak Costa Rica berkata demikian pada Isnin lalu dan mendakwa Navas bertanggungjawab berkomplot dengan beberapa pemain lain untuk sengaja tewas perlawanan untuk melihat jurulatih dari Colombia, Jorge Luis Pinto dipecat selepas Piala Dunia 2014 di Brazil.
Pendedahan bekas presiden
Li memegang jawatan tertinggi persatuan bola sepak negaranya pada 2014 berkata demikian ketika tampil sebagai saksi dalam kes perbicaraan yang difailkan sendri oleh Keylor Navas, Bryan Luis dan Celso Borges menentang bekas pegawai pasukan Adrian Gutierrez dan Juan Carlos Roman kerana membuat fitnah.
Kes tersebut mula didedahkan pada 2018 apabila Gutierrez bercakap kepada Radio Monumental dan Radio Colombia bahawa pemain-pemain ini telah melakukan ancaman dalam satu pertemuan yang tidak dihadiri oleh beliau.
Keylor Navas accused of promoting JL Pinto Costa Rica managerial departure#CostaRica 🇨🇷https://t.co/dFf7fBCqEJ
— AS USA (@English_AS) March 15, 2021
Ancaman (untuk kalah) tersebut dilakukan sekiranya Pinto kekal sebagai Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Costa Rica selepas Piala Dunia 2014 di Brazil – kejohanan di mana Costa Rica mencipta sejarah melalui penampilan mereka.
Eduardo Li mendakwa Keylor Navas sebagai pemain yang bertanggungjawab atas komplot tersebut dalam satu pertemuan yang diadakan di kalangan anggota pasukan lain selepas Piala Dunia di mana Ruiz, Borges dan Alvaro Sabario turut hadir selaku kapten pasukan. Turut menghadiri pertemuan tersebut adalah bendahari Persatuan Bola Sepak Costa Rica, Rodolfo Villalobos yang merupakan presiden pada hari ini.
Klausa kontrak Pinto
Dalam kes perbicaraan tersebut Li memaklumkan kepada pemain niat persatuan untuk memperbaharui kontrak Pinto, dan pada ketika itu Navas mendedahkan klausa yang ada di dalam kontrak jurulatih tersebut yang tidak boleh tewas tiga kekalahan berturut-turut atau akan dipecat.
Li juga berkata Bryan Ruiz berkata dirinya enggan berada di dalam senarai pemilihan pemain jika Pinto terus kekal sebagai pengendali. Dalam pertemuan tersebut hanya Navas yang bersuara mengenai situasi tewas dalam perlawanan-perlawanan seterusnya.
Perbicaraan tersebut bermula pada Jumaat lalu di sebuah mahkamah di San Jose dan Navas yang berada di Paris dan Ruiz masing-masing memberi kenyataan masing-masing menyangkal dakwaan sengaja membuatkan pasukan tewas dalam pasukan.
Keylor Navas es acusado de ser el culpable de la salida de Pinto de Costa Rica🇨🇷
https://t.co/gphDDNEjLB #KeylorNavas | #CostaRica pic.twitter.com/LEtFzX8pV4
— TUDN USA (@TUDNUSA) March 15, 2021
Kedua-dua pemain mendakwa kenyataan dari Li telah memberikan gambaran buruk terhadap integriti dan imej mereka.
Ruiz bagamanapun mengesahkan beliau mahu menarik diri dari skuad kebangsaan jika Pinto terus menjadi jurulatih kerana berpendapat jurulatih dari Colombia itu tidak menghormati pemain di bawah kendaliannya.
Borges pula memberikan kenyataan dari Sepanyol pada Selasa dan mahkamah dijangka akan mendengar kenyataan daripada Pinto juga secara atas talian.
Costa Rica di Piala Dunia
Di Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Brazil, Costa Rica di bawah kendalian Pinto tampil cemerlang untuk layak sehingga ke suku akhir tanpa kalah satu perlawanan pun. Mereka hanya tersingkir dari kejohanan melalui penentuan sepakan penalti menentang Belanda.
Selepas Piala Dunia, Persatuan Bola Sepak Costa Rica tidak memperharui kontrak Pinto dan jurulatih itu mendakwa terdapatnya kes belot di dalam pasukan.
Selepas itu timbul beberapa isu kontroversi dengan beberapa peain mendakwa jurulatih itu tidak melayan pemain dengan baik serta tidak menghormati mereka sebagai pemain.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Rusia 2018: Pengurus Costa Rica Mengaku Beliau Tak Kenal Eden Hazard
Penalti Alexis Sanchez Tak Masuk Antara Drama Dalam Kekalahan Chile 2-3 Di Tangan Costa Rica
Analisis Taktikal: Brazil Memenuhkan Zon Serangan, Costa Rica Rigid Dalam 5-4-1