Keyakinan Faisal Halim bertutur dalam bahasa Inggeris ketika ditemu bual oleh wartawan AFF Mitsubishi mendapat perhatian peminat dan ramai yang memuji keberanian bintang baru Selangor FC itu.
Tidak ramai sebenarnya pemain yang berani dan ada keyakinan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dan rata-rata dari mereka juga turut jarang ditemu bual oleh media luar.
Bintang baru Selangor FC, Faisal Halim baru-baru ini berjaya mencuri perhatian peminat selepas beliau dilihat bertutur dalam bahasa Inggeris ketika ditemu bual oleh wartawan luar.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) December 21, 2022
Bekas bintang Terengganu itu berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Malaysia menewaskan Myanmar 1-0 di Thuwunna Stadium dalam aksi perlawanan pembukaan peringkat kumpulan B saingan AFF Mitsubishi 2022.
Tidak dinafikan lagi yang Faisal Halim sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini.
Pemain yang digelar Cristiano Ronaldo Malaya itu berjaya menjaringkan empat gol dari tiga perlawanan terakhir bersama skuad Harimau Malaya.
Bukan hanya kelincahan serta aksinya di atas padang sahaja yang mencuri perhatian peminat dengan temu bual beliau selepas tamat perlawanan bertemu Myanmar juga turut mencuri perhatian ramai.
The moment that we’ve been waiting for❗
🔴🟡 Faisal Halim #IsRED🔴🟡
👋 Welcome to Selangor FC, Faisal Halim! 🔴🟡#MKLK pic.twitter.com/LmZRu7gGyO
— Selangor FC (@selangorfc) December 22, 2022
Faisal Halim telah ditemu bual oleh wartawan AFF selepas tamat perlawanan bertemu Myanmar dan beliau bertutur dalam bahasa Inggeris ketika temu bual tersebut.
Walau bahasa Inggeris beliau sekadar biasa-biasa sahaja, namun keyakinan yang beliau tunjukkan selayaknya mendapat pujian.
Beliau tidak kekok dan sekadar bercakap seolah-olah sedang bertutur dalam bahasa Melayu ketika sesi temu bual tersebut.
“Saya sangat gembira sekarang, saya sangat bangga dengan rakan sepasukan saya, tahniah kepada semua pemain, semua penyokong yang datang sini sokong kami, wahh ini perlawanan yang sukar.”
Jelas Faisal Halim yang cukup yakin bertutur dalam bahasa Inggeris.
Wahhhhh. This guy will one day play abroad. Mingles well with every player, especially the foreigners. There is banter, but he learns from them.
Faisal Halim has what it takes to be big. Glad to see the progress he has made. https://t.co/TGzdriwYpz
— T. Avineshwaran (@avineshW90) December 21, 2022
“Waaaa kami datang sini untuk dapatkan 3 mata, ia bukan mudah tapi aa kami berjaya dan alhamdulillah, saya secara peribadi berterima kasih kepada semua pemain dan jurulatih.”
Ketika ditanya apa persiapan beliau untuk menghadapi perlawanan seterusnya, Faisal Halim mendedahkan bahawa:
“Tentu saja, kami perlu bawa momentum yang bagus ini ke perlawanan yang seterusnya, dan bagi saya, setiap satu perlawanan itu, kita akan lakukan apa sahaja, kita akan berjuang hingga wisel penamat, hari ini kamu boleh lihat 45 minit pertama kami agak bergelut.”
“Dan babak kedua kami lebih agresif dan kami berjaya menjaringkan gol, bukan saya yang menjaringkan gol tapi kami semua, kita menang sama-sama kita kalah sama-sama dan bagi saya Malaysia berjuang dengan baik.”
AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP 2022 | Group B
FT: Myanmar 🇲🇲 0️⃣ – 1️⃣ 🇲🇾 Malaysia
⚽ Goal
🇲🇾 Faisal Halim 52'#AFF #AFFCUP2022 pic.twitter.com/14MREHMOT1— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) December 21, 2022
“Myanmar juga pasukan yang sangat bagus dan selamat untuk perlawanan seterusnya.”
Melihat keyakinan Faisal Halim bertutur dalam bahasa Inggeris, ada satu peribahasa yang sepertinya sesuai untuk beliau.
“Belakang parang jika diasah akan tajam juga.”
Begitu juga dengan Faisal, jika beliau terus menerus menunjukkan keyakinan bertutur dalam bahasa Inggeris seperti itu, tidak mustahil beliau bakal fasih berbahasa Inggeris satu hari nanti.
Safawi Rasid ➡️ Faisal Halim ➡️🥅 #AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger | #MYAvMAS pic.twitter.com/11EAnGuPa3
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 21, 2022
Idolanya, Cristiano Ronaldo juga pada awal kariernya langsung tidak faham bahasa Inggeris namun dek kerana beliau yakin dan sering beranikan diri untuk bertutur dalam bahasa Inggeris, lihat saja hasilnya sekarang.