Kevin Ramalingam Bercakap Mengenai Pengalaman FMLLP Pertama Kali Urus Liga Malaysia

Kevin Ramalingam yang merupakan CEO kepada FMLLP bercakap mengenai pengalaman pertama kali FMLLP menguruskan Liga Malaysia.

Baru-baru ini, beliau telah ditemuramah oleh kami di pejabat beliau di Damansara Perdana.

Jom kita lihat apa jawapan beliau mengenai pengalaman FMLLP menjadi penganjur liga buat pertama kali.

Positif dalam negatif

Perkara pertama yang disuarakan oleh Kevin Ramalingam mengenai pengalaman FMLLP yang pertama kali menjadi penganjur Liga Malaysia adalah mereka dapat melihat perkara positif di dalam perkara negatif.

Maksudnya disini adalah, pihak FMLLP dapat belajar pelbagai perkara baharu sepanjang liga berlangsung di bawah kendalian mereka.

Bagi beliau, masalah-masalah yang hadir ketika liga berlangsung cumalah membuka pintu positif kepada FMLLP untuk memperbaiki kualiti penganjuran liga mereka di masa akan datang.

Sumber: Facebook Johor Southern Tigers

Tak mudah

Dalam temuramah bersama kami juga, Kevin Ramalingam sendiri mengaku yang tidak mudah untuk menguruskan sesebuah liga.

Menurut beliau, tidak mudah untuk merancang liga secara teratur. Apatah lagi mempraktikkanya.

Walaupun musim 2016 menyaksikan ada beberapa insiden yang diluar jangkaan yang berlaku yang mendorong kepada kesukaran terhadap liga, namun beliau berasakan ia boleh dijadikan sebagai platform untuk menjadikan liga lebih baik di musim-musim akan datang.

Beliau juga sendiri mengaku ia tidak mudah untuk memuaskan semua pihak dalam segala perkara.

“Orang mungkin boleh bercakap satu dua perkara ini sepatutnya dilakukan dengan cara sebegini atau cara tersebut. Namun pada realiti ia tidak mudah untuk dilaksanakan secara praktikal.”

Hal ini kerana menurut Kevin Ramalingam, selepas pihak FMLLP meneliti setiap cadangan yang dilontarkan tidaklah semua perkara boleh dilaksanakan kerana sesetengah perkara itu boleh memberikan kesan yang negatif kepada liga serta pasukan-pasukan yang bertanding.

Beliau juga berkata secara teorinya tiada sebarang perancangan yang tiada cacat cela. Lakukanlah macam mana sekali pun, pasti akan ada kelemahan pada perancangan tersebut.

Pada pandangan kami, kami mengambil nilai positif dari apa yang diperkatakan beliau. Kami berharap dengan segala insiden-insiden yang berlaku dapat dijadikan oleh pihak FMLLP untuk menguruskan liga yang lebih baik dan meriah di masa akan datang.

Anda boleh tonton temuramah penuh mengenai Kevin Ramalingam dan pengalaman pertama kali FMLLP menguruskan Liga Malaysia dengan menonoton video di bawah.

Baca juga: Kevin Ramalingam Bercakap Mengenai Masalah Penyerang Tempatan Di Liga Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN