Kevin Ramalingam Mahu KFA, FAM Dan MFL Duduk Semeja Untuk Bincang Isu Akhyar Rashid

Malaysia Football League (MFL) mahu Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) datang duduk berbincang dengan MFL dan juga FAM
– bagi menyelesaikan isu perpindahan Akhyar Rashid ke JDT.

Sehingga sekarang KFA masih dengan pendirian mereka bahawa Akhyar Rashid masih sah pemain mereka walaupun JDT sudah mengumumkan pemain itu secara rasmi.

KFA sudah melancarkan tabung CAS bagi membantu persatuan itu dalam usaha mengheret kes itu ke mahkamah timbang tara Sukan. Sumber Berita Harian mendedahkan tabung CAS itu sudah mengutip lebih RM5,000 setakat ini.

Ketua Pegawai MFL, Kevin Ramalingam merasakan jalan terbaik adalah duduk semeja di antara KFA, MFL dan FAM bagi menjelaskan kekeliruan yang berlaku.

Dipetik daripada Berita Harian, menurut Kevin Ramalingam: “Isu ini perlukan perbincangan untuk menentukan apa yang betul dan apa yang salah kerana sesetengah tindakan tampak seperti lebih kepada mensasikan kenyataan atau reaksi kepada sesuatu berbanding mencari penyelesaian.”

Kevin berharap dengan adanya perbincangan di antara MFL, FAM dan KFA ia akan membolehkan 3 pihak itu meneliti secara jelas. Seterusnya boleh memahami bagaimana sesuatu keputusan itu dibuat daripada berterusan membuat kenyataan terbuka.

Menurut Kevin lagi, pihak MFL sudah meneliti isu itu dan mereka faham kenapa keputusan itu diambil. Namun ada sesetengah pihak cuba mensesasikan perkara itu.

“Ini yang membuatkan orang ramai keliru dan situasi yang sebenar tidak dinyatakan,” tambah Kevin lagi.

Sebelum ini FAM sudah menetapkan bahawa Akhyar Rashid boleh menebus baki kontrak beliau dengan nilai RM210,00.00. Mana-mana pasukan yang mahukan Akhyar pula perlu membayar yuran pembangunan sebanyak RM75,000.00 kepada KFA.

KFA membantah keputusan itu. Namun rayuan mereka telah ditolak oleh FAM dan mahu mengheret kes itu ke CAS.

Kevin kemudiannya berharap tiada pihak yang bercakap tanpa fakta selepas ini. Beliau menyatakan lagi: “Tiada keputusan boleh diambil tanpa mengikut peraturan – dan faktanya sudah ada.”

“Untuk bercakap tanpa fakta akan membunuh diri dan tiada keputusan dapat dibuat sebegitu tanpa fakta. Jadi kami perlu duduk berbincang dan memastikan mereka (KFA) faham.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN