AFC Piala Asia: Perjalanan Kempen Negara Tuan Rumah (Bahagian 2)

Perjalanan negara-negara tuan rumah Piala Asia tidaklah seindah disangka. Memang ada yang berjaya memenangi kejohanan ini di tanah air sendiri.

Tidak kurang ada yang terkandas awal dalam kejohanan. Dan juga ada yang memberi cabaran semasa perlawanan akhir.

2004

China dipilih menjadi hos bagi kejohanan 2004. Mereka diundi berhadapan Bahrain, Indonesia dan Qatar dalam Kumpulan A.

China menjadi juara Kumpulan A setelah mengutip 7 mata hasil 2 kemenangan dan 1 seri. Mereka seri ketika perlawanan pembukaan menentang Bahrain.

(Photo credit should read PETER PARKS/AFP/Getty Images)

Pada perlawanan suku akhir, China menewaskan Iraq dengan 3 gol tanpa balas. Kemudiannya, China mara ke perlawanan akhir setelah mengalahkan Iran melalui sepakan penalti 4-3. Asalnya, kedua-dua perlawanan terikat 1-1 dalam masa sebenar dan masa tambahan.

Jepun menyekat percubaan China meraih trofi berprestij Asia ini. Koji Nakata dan rakan-rakan menjadi tonggak Jepun bagi menewaskan China melalui skor 3-1.

2007

4 negara menjadi tuan rumah secara serentak dalam kejohanan ini. Kejohanan ini menempa sejarah kerana pertama kali diadakan di lebih daripada satu negara.

Thailand diletakkan dalam Kumpulan A dan hanya berpuas hati dengan 4 mata dikutip semasa kempen 2007. Mereka berjaya menewaskan Oman dan seri kepada Iraq. Namun begitu, pendatang baru AFC, Australia membelasah Thailand 4 gol tanpa balas.

Thailand menduduki tangga ketiga dalam carta Kumpulan A.

Bangkok, THAILAND: Thailand’s Suree Sukha (R) vies for the ball with Australia’s Jason Culina during the group A match of the Asian Football Cup 2007 between Thailand and Australia in Bangkok, 16 July 2007. Australia won 4-0. AFP PHOTO/KHALED DESOUKI (Photo credit should read KHALED DESOUKI/AFP/Getty Images)

Kumpulan B menyaksikan Vietnam menjadi naib juara Kumpulan B. Vietnam mengalahkan UAE dan seri ketika menentang Qatar. Perlawanan terakhir negara tersebut tidak berpihak kepada mereka apabila tewas kepada Jepun melalui keputusan 1-4.

Vietnam mara ke suku akhir dan berhadapan dengan Iraq. Tetapi, Iraq menewaskan mereka dengan skor 2-0.

Malaysia diletakkan pula dalam Kumpulan C. Secara ringkasnya, Malaysia kalah kepada semua lawan dalam kumpulan tersebut. China menewaskan Malaysia dengan skor 1-5. Seterusnya, Uzbekistan memalukan Malaysia 5-0.

Iran menewaskan tuan rumah dengan keputusan 2-0. Aksi Malaysia di Piala Asia disifatkan paling teruk dalam sejarah penyertaan.

Jakarta, Java, INDONESIA: Saudi Arabian captain Yasser Al Qahtani (R#20) is fouled by Indonesian Syamsul Bahri (#16) during their Asian Cup 2007 Group D football match at the Bung Karno stadium in Jakarta, 14 July 2007. Saudi Arabia defeated Indonesia 2-1. AFP PHOTO/Jewel SAMAD (Photo credit should read JEWEL SAMAD/AFP/Getty Images)

Kumpulan D menyaksikan Indonesia diundi bersama Arab Saudi, Korea Selatan dan Bahrain. Meskipun mereka bermula baik dengan menewaskan Bahrain, Indonesia tersungkur apabila kalah kepada dua pasukan lain.

Mereka juga menduduki tangga ketiga Kumpulan D dan tersingkir daripada pertandingan.

2011

Pemain Qatar meraikan kejayaan semasa Piala Dunia 2011 di laman sendiri. Sumber: FIFA.

Qatar selaku tuan rumah diletakkan dalam Kumpulan A. Mereka tewas kepada Uzbekistan pada perlawanan sulung kejohanan 2011 ini.

Qatar menang ke atas China dan Kuwait pada baki 2 perlawanan. Mereka berada di tangga kedua carta Kumpulan A.

Kempen hos kali ini berakhir pada suku akhir. Jepun mengalahkan mereka pada perlawanan tersebut dengan skor 3-2.

Masahiko Inoha menjadi penjaring gol kemenangan Jepun untuk menewaskan Qatar sebelum tamat permainan.

2015

Pertama kalinya Piala Asia ini diadakan di luar benua Asia dengan Australia menjadi tuan rumah. Namun begitu, kempen mereka di peringkat kumpulan sumbang apabila kalah kepada Korea Selatan.

Australia menang kepada Kuwait serta Oman. Ahli baru AFC itu berada di tangga kedua Kumpulan A dan beraksi di suku akhir.

Pemain popular Australia, Tim Cahill menjadi penjaring 2 gol bagi memalukan China dalam kancah suku akhir. Australia dicabar oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan separuh akhir.

SYDNEY, AUSTRALIA – JANUARY 31 : Kwak Taehwi (R) vies with Tomi Juric (L) during the 2015 Asia Cup Final between Australia Vs South Korea in the 2015 AFC Asian Cup match at the Stadium Australia on January 31 2015. (Photo by Asanka Brendon Ratnayake/Anadolu Agency/Getty Images)

Kejayaan berpihak kepada Australia apabila menumbangkan UAE sewaktu perlawanan tersebut. Mereka bertemu kembali lawan mereka pada peringkat kumpulan yakni Korea Selatan.

James Troisi menjadi penyelamat tuan rumah apabila menyumbat gol kemenangan. Perlawanan terikat 1-1 pada masa sebenar dan terpaksa diheret ke masa tambahan.

Akhirnya, pertama kali jugalah Piala Asia ‘keluar’ daripada benua tersebut.

Rumusan

Daripada 16 kali kejohanan Piala Asia, hanya 7 kali negara hos memenanginya di gelanggang sendiri. Pasukan dimaksudkan ialah Korea Selatan (1960), Israel (1964), Iran (1968, 1976), Kuwait (1980). Begitu juga berlaku kepada Jepun pada edisi 1992 dan Australia pada 4 tahun lalu (2015).

Ada satu persoalan untuk ditinggalkan kepada para pembaca, pasukan tuan rumah manakah mempunyai rekod terbaik dalam Piala Asia?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN