Salah seorang penjaga gol import yang beraksi di Liga Super musim ini selain Dominik Picak dari UiTM FC, Kevin Mendoza muncul sebagai penjaga gol yang banyak membuat aksi menyelamat setakat ini.
Selepas Dominik Picak terpaksa meninggalkan UiTM FC pada jendela perpindahan kedua tempohari, Kevin Mendoza mnjadi satu-satunya penjaga gol import yang kekal beraksi dalam saingan musim ini.
Pada awal musim lalu, KL City FC pernah menimbulkan isu apabila memiliki lebihan penjaga gol dalam skuad mereka sehingga memaksa penjaga gol berbakat negara, Khatul Anuar Jalil bersuara tentangnya.
Kevin Mendoza Sertai KL United, Penjaga Gol Ke-5 Untuk Musim 2021
Penyertaan Kevin Mendoza menyaksikan The City Boys memiliki lima penjaga gol, namun KL City tampil menjelaskan kepada Semuanya BOLA yang sebenarnya mereka hanya memiliki tiga penjaga gol.
Menurut penjelasan Eksekutif Media & Komunikasi KL United, Devinder Singh, “Untuk pencerahan, KL United mempunyai tiga penjaga gol senior iaitu Zamir Selamat, Kevin Mendoza dan Khatul Anuar Jalil.”
Nampaknya pelaburan mereka menampakkan hasil walaupun KL City hanya berada di kedudukan ke-6 liga dengan 30 mata, hanya dipisahkan tiga mata daripada musuh Lembah Klang mereka, Selangor FC.
📊 Berikut senarai penjaga gol dengan penyelamatan terbanyak selepas 20 perlawanan Liga Super
1️⃣ Mendoza merupakan satu satunya penjaga gol import, dan minit permainan tertinggi dalam kalangan penjaga gol. pic.twitter.com/1dGTCuMIXL
— Atlead Pass (@AtleadPass) September 2, 2021
Selepas 20 perlawanan, menurut pengumpul statistik Liga Malaysia, Atlead Pass, Kevin Mendoza merekodkan 74 aksi menyelamat dalam 1800 minit permainannya bersama KL City saat ini.
Ia merupakan yang tertinggi di kalangan penjaga gol di Liga Super dan mengatasi penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid dan PJ City, Kalamullah Al-Hafiz, di kedudukan kedua dengan 59 aksi menyelamat.
Khairulazhan Khalid hanya kekurangan satu perlawanan apabila tampil sebanyak 1710 minit permainan, sementara Kalamullah Al-Hafiz pula telah merekodkan 1530 minit permainan dalam 15 penampilannya.
5️⃣ FARIZAL MARLIAS (JDT)@OfficialJohor@farizal_marlias
34Y 4M 2D
11 apps(0 sub)
990 playing minutesPerformance in #MSL20:
Save percentage: 65.22%
Shot On Target Faced/Game: 2.09
Goal Conceded/Game: 0.73
Shots Saved/Game: 1.36
Clean Sheet: 5👑#OptaJ pic.twitter.com/CB31CKF82Y— OptaJ (@OptaJ_Analytics) November 26, 2020
Dalam senarai yang dikeluarkan oleh Atlead Pass itu, satu nama tentu dicari-cari para penyokong iaitu penjaga gol utama negara, Farizal Marlias yang beraksi di JDT. Beliau tiada dalam kalangan ‘top 5’.
Dalam saingan musim lalu, Farizal Marlias berada di kedudukan kelima dalam senarai penjaga gol terbaik Liga Super 2020 – di belakang Kalamullah, Khairul Fahmi Che Mat, Khairulazhan dan Bryan See.
Selain Kevin Mendoza, Khairulazhan Khalid dan Kalamullah Al-Hafiz, penjaga gol Kedah, Shahril Sa’ari turut tersenarai dengan 50 aksi menyelamat dan Suhaimi Husin dari Terengganu FC dengan 49 ‘saves’.
Pemain kacukan Denmark-Filipina itu sebelum ini beraksi bersama Vendsyssel FF di divisyen 2 Denmark dan difahamkan beliau memilih untuk menamatkan kontraknya untuk terbang ke Kuala Lumpur.
Bercakap kepada bold.dk mengenai penghijrahannya, Kevin Mendoza menyatakan yang keinginan untuk beraksi bersama Filipina antara pendorong utama. Selain itu, pemain yang diangkat sebagai pemain berbakat besar di Denmark dahulunya ini juga pernah menyertai sesi pemilihan di Liverpool pada 2013.
Selepas berjaya mendapatkan pasport Filipina pada 2019, beliau telah tersenarai ke Piala Asia 2019 di UAE. Begitupun, beliau tidak berjaya meraih debutnya sehingga akhirnya mendapatnya pada Jun lalu.
Bersama The City Boys, Kevin Mendoza merekodkan tujuh cleansheet dalam 20 perlawanan – terbaik dalam tiga musim terakhir mereka di Liga Super. Satu tambah baik terbaik KL City di bahagian belakang.