Kevin Mendoza Harap KL City Jadikan Piala AFC Sebagai Medan Kebangkitan Mereka

Kevin Mendoza sangat berharap agar Piala AFC bakal menjadi pemangkin semangat untuk skuad KL City FC selepas mereka mempamerkan aksi tidak konsisten dalam saingan Liga Super Malaysia.

Menurut laporan dari Astro Arena, penjaga gol utama Kuala Lumpur City FC itu benar-benar berharap agar skuadnya kembali bangkit dan menggunakan pentas AFC sebagai medan kebangkitan mereka.

Kuala Lumpur City FC layak beraksi di pentas Piala AFC selepas kejayaan mereka menjuarai saingan Piala Malaysia 2021.

The City Boys akan turun beraksi bertemu PSM Makassar di Stadium KLFA malam esok bagi aksi perlawanan pembukaan peringkat kumpulan H.

Penjaga gol kebangsaan Filipina itu merupakan wira kemenangan Kuala Lumpur City FC menjuarai saingan Piala Malaysia musim lalu dengan beliau turut mempamerkan aksi persembahan sungguh menakjubkan dalam saingan liga.

Melihat persembahan skuadnya yang agak merosot pada musim ini, Kevin Mendoza sangat berharap agar rakan sepasukannya kembali bangkit untuk mendapatkan tahap persembahan terbaik mereka.

Beliau tanpa berselindung turut mengakui yang skuad Kuala Lumpur City FC tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini dan hal itu sangat membimbangkan semua pihak.

Beliau sangat berharap skuadnya akan mampu bangkit dan mencatatkan kemenangan dalam kedua-dua perlawanan bertemu Makassar serta Tampines Rovers dalam saingan Piala AFC ini.

“Musim lalu kami juga melalui permulaan sukar tetapi kami terus berkembang selepas itu.

Jelas Kevin Ray Mendoza menurut Astro Arena.

“Saya harap kami dapat buktikan kepada semua bahawa kami berkemampuan dan bersedia,”

Kevin Mendoza turut mendedahkan tentang perasaan beliau bagi menghadapi lawan dari luar negara terutama dari Liga Indonesia.

“Kami mahu bersaing dengan antara yang terbaik dalam Asia.

“Apabila mewakili Filipina, sangat menakjubkan berpeluang beraksi di samping pemain terbaik.”

https://twitter.com/harimaumalaya7/status/1539592161766694913?t=RTdHNvlC4r1z7axBGxwqmQ&s=19

Memandangkan Kuala Lumpur City FC mencatatkan keputusan yang agak mengecewakan dalam saingan Liga Super Malaysia, maka jelas sekali mereka sangat berharap hal sama tidak berulang di pentas AFC.

Kesempatan bermain di halaman sendiri jelas sekali akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh The City Boys dengan mereka menyasarkan untuk menang kesemua perlawanan peringkat kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN