Kevin De Bruyne: “Kadangkala Badan Saya Berkata ‘Tidak'”

Kevin De Bruyne terbuka dalam berkongsi isu kecederaan yang melanda diri beliau pada musim ini. Beliau sudah beberapa kali dilanda kecederaan – terutama sekali di bahagian lutut.

Walaubagaimanapun pemain perancang dari Belgium itu menyangkal pandangan yang menyatakan bahawa itu salah satu pertanda ‘peak’ beliau sudah berakhir. Sebaliknya De Bruyne berkata beliau masih belum mencapai prestasi kemuncak di dalam kariernya.

De Bruyne dianggap antara ‘playmaker’ terbaik di dalam EPL pada generasi beliau. Beliau manjadi nadi utama Manchester City dalam beberapa musim kebelakangan ini. Ini termasuk ketika membantu kelab itu menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Kevin De Bruyne tiba di Manchester City pada tahun 2015. Dan beliau sudah bermain lebih daripada 100 perlawanan untuk kelab itu.Pada musim ini kecederaan pada lutut beliau menghalang beliau untuk beraksi lebih kerap.

Beliau berkata:”Saya berada dalam keadaan terbaik. Ianya satu tempoh 6 bulan yang sangat panjang. Saya gembira untuk kembali bermain bola sepak.”

“Walaupun saya merasa sangat baik tetapi ada kalanya saya merasakan diri saya memerlukan lebih banyak masa untuk rawatan.”

“Saya sentiasa cuba melakukan yang terbaik. Saya sentiasa mahu menjadi pemain yang lebih baik namun kadangkala badan saya berkata ‘tidak’.”

Manchester City’s Kevin De Bruyne goes off injured during the Carabao Cup, Fourth Round match at the Etihad Stadium, Manchester. (Photo by Mike Egerton/PA Images via Getty Images)

“Saya tidak merasai apa-apa di lutut saya sekarang, tetapi kami bermain perlawanan yang sangat banyak. Kadangkala saya rasa lebih baik. Dan kadangkala sebaliknya. Itu normal bagi pemain bola sepak.”

“Saya tidak terlibat dalam pra musim. Dan saya cuba kembalikan fizikal saya seperti musim lalu. Saya sentiasa bermain dengan corak permainan yang sama. Saya tak akan mengubah cara saya hanya kerana mahu ‘ada’ dalam padang.”

“Semua orang tahu saya pemain yang mahu memberikan segalanya kepada pasukan – ianya tak akan berubah hanya kerana 1 atau 2 kecederaan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN