Jendela perpindahan musim panas agak tenang di kem Santiago Bernabeu. Real Madrid yang berjaya menjuarai La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu tidak melakukan sebarang perpindahan mega buat pasukan.
Tiada perpindahan pemain bintang dunia ke kelab tersebut walaupun pada mulanya nama Kylian Mbappe sering dikaitkan dengan kelab bimbingan Zinedine Zidane itu.
Beberapa nama besar turut menjadi sasaran Real Madrid pada mulanya.
Sebaliknya, Zidane hanya membawa masuk 2 orang pemain muda bagi memperkuatkan skuad Los Blancos itu. Mereka yang menjadi pilihan pengurus dari Perancis tersebut ialah Theo Hernandez (€ 30 juta) dan Dani Ceballos yang bernilai € 16.5 juta.
Dalam masa yang sama, gossip berkenaan Cristiano Ronaldo yang ingin meninggalkan kelab tersebut oleh kerana masalah cukai yang dihadapinya di Sepanyol lebih menjadi tumpuan banyak pihak.
Apa yang menarik mengenai jendela perpindahan kali ini buat Real Madrid adalah kelab tersebut berjaya memperoleh keuntungan luar biasa yang dicatatkan berbanding musim-musim sebelum ini.
Pemergian Alvaro Morata yang bernilai € 62 juta ke Chelsea serta kesanggupan Manchester City untuk mendapatkan Danilo dengan tanda harga € 30 juta menjadi penyebab utama keuntungan yang dinyatakan berlaku.
Penjualan pemain lain di kem Real Madrid adalah Diego Llorente ( € 10 juta), Mariano Diaz Mejia (€ 8 juta), Burgui (€ 3 juta) dan pinjaman Bayern Munich keatas James Rodriguez menelan perbelanjaan sekitar € 13 juta.
Ini bermakna Zidane Zidane berjaya memperolehi € 126 juta berikutan aktiviti penjualan pemain-pemain tersebut manakala hanya membelanjakan €46.5 juta bagi memperkuatkan pasukannya.
Keadaan ini memberikan pulangan sebanyak € 79.5 juta buat Real Madrid pada jendela perpindahan kali ini.
Ini juga merupakan kali kedua berturut-turut Zidane berjaya mengawal perbelanjaan Real Madrid dengan baik ketika jendela perpindahan. Satu perkara yang sukar dilakukan oleh pengendali yang terdahulu.
Kali terakhir pengurus Madrid yang berjaya mencatatkan keuntungan pada jendela perpindahan kelab dalam tempoh 20 tahun adalah pada tahun 1998-99 ketika itu Guud Hiddink menjadi pengurus pasukan dan kemudiannya digantikan oleh John Toshack pada Februari.
Ketika pencabar di Eropah yang lain sibuk berbelanja besar bagi terus menyaingi Real Madrid, Zidane tidak perlu terlalu memikirkan mengenai perpindahan nama besar kerana barisan yang beliau miliki kini sangat berpotensi untuk mendominasi bolasepak Eropah dan Sepanyol.
Perkara ini juga mendorong kepada keupayaan beliau untuk mengawal perbelanjaan pasukan dengan baik ketika jendela perpindahan.
Sumber :
101greatgoals (2017) – http://www.101greatgoals.com/news/real-madrid-banked-fortune-thanks-chelsea-man-city-deals/
Marca (2017) – http://www.marca.com/en/football/real-madrid/2017/09/02/59aaee49268e3e1e248b45b3.html
Kredit foto: Mirror