Penang terus dilanda dengan nasib malang mereka musim ini dalam aksi Liga Super, setelah terbaharu mereka mencatat keputusan tewas dalam aksi ‘derbi utara’ di tangan Kedah Darul Aman (KDA).
Keputusan semalam menyaksikan Penang telah pun merekodkan keputusan tewas pada musim ini sebanyak 12 kali dan kekal menghuni kedudukan tercorot carta liga dengan tujuh mata sahaja diraih pasukan tersebut.
KEPUTUSAN MASA PENUH – PERLAWANAN TERTUNDA LS16
Tiga mata milik Kedah Darul Aman FC malam ini.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/6uFMsTYQEv
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 2, 2022
Untuk KDA, mereka kembali berada di landasan terbaik untuk mencatat kemenangan setelah kali terakhir mereka menggenggam tiga mata penuh pada 19 Julai lalu sewaktu menewaskan Sarawak United.
Pada aksi semalam, KDA berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan tunggal Ronald Ngah Wanja untuk mengetepikan cabaran lawan di Stadium Darul Aman.
Disiplin Pertahanan Penang lemah
Antara faktor utama kekalahan pelawat semalam disebabkan oleh disiplin pertahanan mereka yang sangat lemah sehingga beberapa ancaman dibuat oleh tuan rumah hampir memberi masalah besar.
Pertahanan import Penang, Rafael Vitor juga dilihat bergelut untuk menangani tekanan yang diberikan oleh pertahanan KDA yang dilihat bergerak di serata arah untuk memburu jaringan gol.
Mujur kecekapan Hafizul Hakim selaku penjaga gol Penang berjaya menangkis banyak percubaan KDA selain tuan rumah sendiri gagal manfaatkan peluang terhidang.
Gagal sesuaikan diri dengan cepat
Seawal perlawanan berlangsung, jelas Penang gagal untuk menyesuaikan diri dengan cepat dalam permainan dengan beberapa kali membuat kesilapan yang hampir mengundang padah.
Mereka bermasalah untuk meneutralkan serangan KDA dengan baik selain kesilapan-kesilapan mudah yang merencatkan rentak permainan.
56' GOL | Ronald Ngah memecahkan kebuntuan di Stadium Darul Aman!@kda_fc 1-0 @Penang_FC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/3mtqBbtf9f
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 2, 2022
Berbanding KDA, mereka dilihat lebih selesa mengawal permainan menerusi hantaran-hantaran mudah dibuat serta tidak banyak kesilapana dibuat untuk terus mendominasi perlawanan.
Ketumpulan jentera serangan Penang
Antara kelemahan Penang semalam yang paling ketara, pastinya isu serangan mereka yang begitu tumpul sepanjang 90 minit perlawanan.
Mereka mempunyai banyak peluang yang dicipta ke kotak penalti KDA, cuma sentuhan akhir sahaja banyak memberi kekecewaan buat penyokong untuk disudahkan dalam bentuk jaringan.
KDA perlu berasa lega dengan situasi berkenaan kerana pada minit-minit akhir perlawanan, Penang banyak melancarkan serangan ke arah kubu pertahanan mereka.
📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS17#LigaSuper2022 pic.twitter.com/lnxD45R3Ct
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 2, 2022
Selain itu, penyerang utama Penang iaitu Lucas Espindola juga tidak mempunyai banyak peluang untuk mencipta sesuatu setelah beliau dikunci rapat oleh pertahanan tuan rumah.