Ketum PSSI Terkejut Indonesia Dipilih Selaku Tuan Rumah Piala Dunia B-17

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) secara rasminya telah memilih Indonesia selaku tuan rumah untuk kejohanan Piala Dunia bawah 17 (B-17) yang dijangka akan berlangsung pada bulan November ini.

Sebelum itu, FIFA telah mengadakan satu mesyuarat penting semalam dengan beberapa agenda dibincangkan termasuk saingan-saingan rasmi yang berada bawah kelolaan mereka.

Antara yang dibincangkan termasuk hak tuan rumah saingan Piala Dunia B-17 yang secara rasminya kini bakal diadakan di Indonesia dan mendapat reaksi positif daripada para penyokong Sang Garuda.

Pada awalnya, saingan tersebut bakal berlangsung di Peru sebelum ianya dibatalkan kerana isu kekurangan infrastruktur di negara tersebut menjadikan ianya terpaksa dibatalkan hak tuan rumah.

Kali terakhir saingan tersebut diadakan pada tahun 2019, sebelum edisi seterusnya terpaksa dibatalkan kerana wabak Covid-19 yang melanda dunia ketika itu.

Untuk rekod, Brazil merupakan juara pada edisi 2019 selepas kejayaan mereka menumpaskan Mexico menerusi keputusan penuh 2-1.

Erick Thohir selaku Ketua Umum (Ketum) bagi Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menjadi antara individu yang sangat gembira dengan keputusan tersebut selepas dimaklumkan.

Jelas Erick, keputusan FIFA untuk memilih Indonesia selaku tuan rumah Piala Dunia B-17 merupakan satu bentuk kepercayaan besar diberikan kepada mereka ketika ini.

“Ketika ini saya hanya boleh mengucapkan rasa syukur, selepas FIFA mengambil keputusan untuk memilih Indonesia selaku tuan rumah Piala Dunia B-17 tahun ini.

“Ini menjadi satu bukti besar bentuk kepercayaan dunia kepada Indonesia bawah pimpinan Presiden Joko Widodo.

“Sebenarnya, saya belum mendapat kiriman surat secara rasmi mengenai hal tersebut. Saya hany mengetahui pengumuman secara umum dibuat mereka di Zurich semalam.

“Apa yang penting kini adalah kita perlu membuat persiapan lebih rapi untuk menjadi contoh tuan rumah yang baik di mata dunia,” jelas Erick menerusi CNN Indonesia.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Pastinya ini menjadi sesuatu yang bersejarah buat Indonesia, selepas kegagalan mereka sebelum itu untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia bawah 20 (B-20) bawah 20 (B-20) kerana mereka enggan menerima salah satu pasukan iaitu Israel menjejakkan kaki di beberapa kawasan terpilih.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN