Habib Haroon Akui Bakal Berdepan Tugas Sukar Untuk Tewaskan KL City

Pemain tengah import berpengaruh Terengganu iaitu Habib Haroon membayangkan pasukan diwakilinya itu bakal berdepan tugas sukar di laman sendiri untuk berdepan Kuala Lumpur City (KL City).

Saingan separuh akhir Piala FA 2023 akan membuka tirai pada hari Ahad Ini dengan salah satu perlawanan tumpuan diberikan kepada Terengganu yang bakal menghadapi KL City di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.

Terengganu pada awal musim ini sebenarnya tampil dengan tidak konsisten dalam saingan Liga Super 2023 selepas mereka membuat beberapa perubahan membabitkan pemain serta kejurulatihan.

Namun sebaliknya pula berlaku dalam saingan Piala FA, selepas mereka berjaya mara ke pusingan separuh akhir untuk menewaskan Melaka United serta Kelantan The Red Warriors (TRW).

Bawah kendalian Tomislav Steinbruckner, Terengganu dilihat sebagai salah satu pasukan pilihan untuk mara ke final setelah menampilkan prestasi konsisten sejak beberapa perlawanan terakhir.

Namun, pemain tengah muda mereka iaitu Habib menjangkakan ianya bukan sesuatu yang mudah untuk berdepan KL City biarpun beraksi di laman sendiri.

Untuk rekod pertemuan kedua pasukan ini dalam aksi Liga Super, masing-masing hanya mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan perlawanan sangat sengit ditampilkan sejak awal wisel permulaan ditiupkan.

Walaupun begitu, pemain kelahiran Bahrain ini sedikit lega kerana mereka bakal mendapat sokongan padu daripada para penyokong Terengganu yang dijangka bakal memenuhi stadium pada hari perlawanan.

“Atas kertas sudah pasti kedua-dua pasukan dilihat mempunyai kekuatan yang seimbang terutama jika rekod dalam aksi pusingan pertama Liga Super menjadi ukuran yang berakhir dengan keputusan 0-0.

“Namun pasukan kami mempunyai sedikit kelebihan kerana beraksi di tempat sendiri di depan ribuan penyokong setia, jadi situasi itu nanti sudah pasti menyuntik semangat kami untuk melangkah ke final sekali gus mengulangi pencapaian musim lalu,” jelas Habib menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Habib turut mengakui kualiti  penyudah dimiliki oleh pemain tengah KL City iaitu Paulo Josue dengan menegaskan bintang tersebut perlu dirantai sebaik mungkin.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Apa tidaknya, Josue antara pemain yang sangat tajam dalam dua aksi persahabatan baru-baru ini bersama Harimau Malaya, selepas beliau berjaya meledak empat gol secara keseluruhan.

Selain Josue, pastinya Habib bakal menilai sebaik mungkin kualiti dimiliki oleh para pemain KL City untuk tidak membiarkan sebarang kesilapan berlaku dan membenarkan lawan menewaskan mereka di laman sendiri.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN