Ketua Pemantau Bakat United Cadangkan Mourinho Dapatkan Emre Can

Emre Can masih belum menandatangani sebarang lanjutan kontrak di Anfield. Terbaru, ketua pemantau bakat Manchester United, Javier Ribalta merasakan Mourinho harus mengambil kesempatan untuk mendapatkan pemain kebangsaan Jerman itu.

Ribalta menyatakan yang beliau sudah memantau pemain itu dengan dekat dan melihat ada potensi yang besar pada pemain itu. Can juga berpotensi menjadi ejen bebas pada musim hadapan.

Jika Can tidak menandatangani sebarang kontrak pada Januari ini, beliau akan menjadi ejen bebas. Juventus dilaporkan menjadi destinasi pilihan Can selepas ini.

Namun begitu, apa-apa boleh berlaku. Emre Can mungkin akan ke Old Trafford dalam perpindahan kontroversi terus dari Anfield ke Old Trafford.

Manchester United masih belum melanjutkan kontrak Michael Carrick dan Juga Ander Hererra. Paling penting, United mahu mencari pengganti Carrick yang sudah di fasa akhir karier, dan mungkin juga akan meninggalkan pasukan tersebut.

Selain itu, Manchester United juga melihat kualiti Can boleh menjadi pemain penting dalam sistem Mourinho meskipun Marouane Fellaini dilihat cemerlang.

Walaupun berita ini agak sukar untuk berlaku, tetapi bak kata orang, dalam bola sepak apa-apa boleh berlaku.

Selain daripada Juventus, Can juga mungkin mempertimbangkan untuk kembali semula ke Liga Jerman. Bayern Munich mungkin antara kelab yang diintai oleh beliau.

Bayern musim ini banyak menggunakan Tolisso untuk peranan no.6 dan no.8. Sedangkan pemain itu terang-terang mengakui dia adalah no.10.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN