Neymar Mahu UEFA Singkirkan Barcelona Daripada UCL Kerana Tak Dapat Bonus £23 Juta

Neymar dilaporkan akan membuat rayuan yang mengejutkan kepada UEFA. Beliau dilaporkan mahu UEFA menyingkirkan Barcelona daripada UCL musim ini.

Hal ini kerana Barcelona enggan membayar bonus kesetiaan beliau bernilai £23 juta kepada ayahnya. Neymar menandatangani kontrak lanjutan dengan Barcelona sebelum membuat keputusan berpindah ke PSG.

via GIPHY

Penjelasan Barcelona

Barcelona pula memberitahu yang Neymar dan ayahnya tidak berhak mendapat bonus itu. Ini kerana, sebaik sahaja Neymar menandatangani kontrak dengan PSG, beliau sudah melanggar 3 syarat di dalam bonus tersebut.

Sebelum itu, peguam Neymar menyatakan, jika Neymar kekal di Barcelona sehingga 31 Julai, beliau akan berhak mendapat bonus itu.

Neymar sudah pun kekal di sana dalam tempoh tersebut. Beliau menyertai PSG pada awal Ogos 2017.

Kehilangan Neymar sukar diterima peminat Barcelona. Kredit foto: AFP PHOTO / Lionel BONAVENTURELIONEL BONAVENTURE/AFP/Getty Images

Jadi siapakah yang betul sekarang ini? Ini penjelasan Barcelona.

Barcelona menganggap tindakan Neymar itu satu manipulasi kepada kontrak beliau tetapi masih tetap melanggar 3 syarat asas klausa ini.

Berikut adalah 3 syarat yang harus diikuti oleh Neymar menurut jurucakap Barcelona, Josep Vives:

1. Neymar tidak boleh berunding dengan mana-mana kelab dalam 3 bulan terakhir sebelum 31 Julai

2. Neymar harus memberitahu kepada umum akan komitmen beliau kepada kontrak baru beliau

3. Bayaran bonus akan dibuat 1 September dalam keadaan Neymar adalah pemain Barcelona

Sebarang pelanggaran syarat di atas Neymar tidak berhak untuk menunaikan sebarang cek bonus bernilai £23 juta ini.

Neymar didapati melanggar ketiga-tiga syarat di atas! Barcelona menyatakan Neymar sudah mahu keluar dari Barcelona lebih awal tetapi Barcelona cuba menghalangnya.

Akhirnya, tiada apa yang boleh mereka lakukan selepas PSG membayar klausa perlepasan bernilai £198 juta.

Laporan AS di Sepanyol memberitahu yang Neymar sudah pun berjumpa dengan peguam beliau dan akan menghantar rayuan kepada UEFA untuk memastikan Barcelona menerima hukuman kerana tidak menepati janji mereka.

Sebelum ini ayahnya sudah pun membawa hal itu kepada UEFA tetapi pihak UEFA memilih untuk tidak masuk campur dalam isu yang berkaitan dengan klausa bonus tambahan seperti itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN