Ketua Pasukan Newcastle United Kecewa Dengan Kritikan Diberikan Penyokong

Newcastle United dianggap sedang mengalami waktu yang cukup sukar sekarang.

Dugaan yang paling berat dihadapi oleh penyokong pasukan tersebut apabila pengurus kesayangan mereka iaitu Rafael Benitez memilih untuk tidak menerima kontrak baharu yang ditawarkan.

Kini mereka sudah mempunyai pengurus baharu iaitu Steve Bruce, namun begitu ia masih tidak dapat memuaskan penyokong kelab.

Menurut laman BBC Sport, ketua pasukan Newcastle United iaitu Jamaal Lascelles telah meluahkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku kepada kelab ketika ini.

Hal ini kerana, penyokong dan pemain kelab tersebut dilihat tidak gembira dengan pelantikan Bruce sebagai pengurus baharu.

Justeru, beliau mahukan semua pihak berganding bahu dalam dalam memberikan sokongan kepada kelab dan juga pengurus baharu, Steve Bruce.

“Ianya cukup mengecewakan apabila reaksi [pemilihan Steve Bruce] adalah tiada yang positif.”

“Kami sentiasa diberitahu yang kelab ini tidak cukup bagus dan apa yang kami lakukan semuanya tidak betul.”

Selain penyokong dan pemain Newcastle United sendiri, Lascelles juga turut menyelar pihak media yang memburuk-burukkan pasukan mereka.

Di mata pihak media sekarang ini, Newcastle United dianggap sebagai calon untuk jatuh dari Premier League pada musim ini.

Hal ini kerana, pasukan tersebut telah melepaskan beberapa pemain penting seperti Ayoze Perez yang menyertai Leiceste City.

Selain itu, Solomon Rondon juga kembali ke kelab asalnya selepas tempoh pinjaman telah tamat dan Joselu juga telah meninggalkan kelab untuk menyertai La Liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN