Tan Cheng Hoe Ganti Nelo Vingada Sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Tan Cheng Ho

Kekosongan kerusi panas sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya akhirnya terjawab. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan secara rasmi Tan Cheng Hoe dilantik bagi mengisi jawatan tersebut.

Tan Cheng Ho (TCH) akan menggantikan Nelo Vingada setelah sebelum ini beliau meletakkan jawatan. Perlantikan ini sudah diumumkan secara rasmi melalui laman Facebook FAM.

Menepati ramalan

Nama beliau telah disebut-sebut oleh ramai pihak untuk menggantikan Nelo Vingada. Sebelum ini, beliau merupakan ketua jurulatih bagi pasukan Kedah.

Di bawah kendaliannya, Kedah berjaya memenangi Piala Malaysia pada 2016. Selain itu juga, Kedah berada di tempat ketiga Liga Super pada musim yang sama.

Kerana kejayaannya di saingan domestik, FAM menyuntingnya sebagai pembantu jurulatih skuad kebangsaan. Beliau meninggalkan skuad Kedah pada awal tahun ini.

Naik pangkat

Dengan perletakan jawatan Vingada, sudah terbentang laluan TCH untuk menjadi ketua jurulatih. Semoga perlantikan ini dapat memulihkan reputasi skuad kebangsaan.

Sebelum ini, skuad kendalian Vingada dikecam hebat kerana gagal layak ke Piala Asia 2019. Selain itu, kedudukan pasukan negara di Ranking FIFA terhumban ke tangga ke-174. Kedudukan ke-174 merupakan rekod kedudukan terburuk dalam sejarah bola sepak negara.

Semoga Tan Cheng Ho mampu membawa angin perubahan kepada pasukan bola sepak negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN