Demi Fairplay, Pengurus Shakhtar Donetsk Pakai Topeng Zorro Dalam Sidang Media

Pengurus Shakhtar Donetsk, Paulo Fonseca meraikan kemenangan mereka menewaskan Manchester City dan kemaraan ke peringkat 16 pasukan terakhir UCL dengan kostum dan topeng Zorro.

Pada 1 November lalu, beliau pernah berjanji akan memakai topeng Zorro jika pasukan Shakhtar Donestk melepasi kumpulan sukar ini dan mara ke pusingan kalah mati.

Dan semalam beliau menunaikan janji beliau atas semangat fairplay. Shakhtar Donestk menjadi pasukan pertama menewaskan Manchester City selepas 29 perlawanan skuad Pep Guardiola tak terkalah.

Dalam pertemuan pertama mereka dengan City, Shakhtar sudah memberikan banyak masalah kepada pasukan bimbingan Guardiola.

Shakhtar Donestk turut mengiringi Manchester City mara ke pusingan kalah mati sebagai naib juara kumpulan.

“Ini adalah sidang media paling ceria dalam karier saya. Saya rasa sangat gembira.”

“Saya tak rasa kejayaan ini untuk Shakhtar Donestk sahaja. Tetapi saya yakin seluruh Ukraine berbangga dengan pencapaian kami.”

Fonseca antara pengurus yang menjadi perhatian di Eropah musim ini. Beliau mengamalkan bola sepak menyerang walaupun berhadapan dengan pasukan seperti City dan Napoli.

Beliau turut dikaitkan dengan Everton selepas pemecatan Koeman tetapi beliau menolak tawaran gaji yang jauh lebih lumayan itu kerana mahu membalas kepercayaan Shakthtar kepada beliau.

Ini adalah kali ke-4 Shakhtar Donestk mara ke pusingan kalah mati UCL dalam sejarah kelab mereka. Shakhtar melepasi kumpulan yang dihuni Manchester City, Napoli dan Feyenoord.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN